00:00Sementara itu, sekurang-kurangnya 8 penduduk Palestine terbunuh, manakala 20 lagi cedera selepas satu serangan udara Israel mengenai kawasan upacara
00:09pengebumian di Nusirat, Tengah, Semenanjung Gaza pada Jumaat.
00:13Menurut pegawai kesihatan Gaza, mangsa yang terkorban ketika itu sedang menghadiri pengebumian seorang individu yang maut dalam satu lagi serangan
00:22Israel di kawasan sama pada hari yang sama.
00:27Insiden berkenaan menambah lagi angka korban harian di Gaza kepada sekurang-kurangnya 12 orang selepas tiga lagi rakyat Palestine dilaporkan
00:35terbunuh dalam serangan udara berasingan di lokasi lain di wilayah tersebut.
00:40Pasukan perubatan berkata puluhan mangsa turut mengalami kecederaan akibat letupan yang berlaku di kawasan pengebumian itu.
00:47Hamas mengecam serangan berkenaan dan menyifatkannya sebagai satu pembunuhan beramai-ramai yang kejam terhadap orang awam yang sedang berkabung.
00:55Dalam satu kenyataan, kumpulan itu menggesa negara pengantara dan Pertuan Bangsa-Bangsa Bersatu PBB mengambil tindakan segera bagi menghentikan serangan
01:04berterusan Israel di Gaza.
01:06Sementara itu, tentera Israel malumkan pihaknya sedang meneliti permintaan Reuters untuk mendapatkan ulasan berhubung insiden tersebut, namun belum mengeluarkan kenyataan
01:16rasmi setakat ini.
01:17Menurut pegawai kesehatan Gaza, lebih 1,100 rakyat Palestine, kebanyakannya orang awam terbunuh dalam serangan Israel sejak gejata-sejata antara
01:26Israel dan Hamas yang dipersetujui pada Oktober lalu mula berkuatkuasa.
Comments