Skip to playerSkip to main content
  • 1 day ago
PBB menyuarakan kebimbangan terhadap peningkatan konflik antara Iran dan Amerika Syarikat, khususnya serangan ke atas infrastruktur awam. António Guterres menegaskan tiada penyelesaian ketenteraan terhadap konflik berkenaan.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Pertubuhan bangsa-bangsa bersatu PBB menyuarakan kebimbangan terhadap peningkatan berterusan konflik antara Iran dan Amerika Syarikat.
00:08Timbalan jurucakapnya Farhan Haq berkata, setiap usaha agung PBB Antonio Guterres menyifatkan serangan terhadap kemudahan awam sebagai sesuatu yang tidak
00:18boleh diterima.
00:20Menurut beliau, Guterres berpandangan tiada penyelesaian ketenteraan terhadap konflik berkenaan dan semua pihak perlu kembali kepada jalan diplomasi.
00:30Kenyataan itu dibuat selepas Amerika Syarikat melancarkan serangan ke atas beberapa jambatan dan sebuah lapangan terbang di Iran pada Jumaat.
00:38Teheran kemudian bertindak balas dengan menyerang sebuah loji jana kuasa dan loji penyah garaman air di Kuwait sekaligus meningkatkan risiko
00:46konflik yang lebih meluas di rantau Asia Barat.
00:49Di perairan teluk pula, ketegangan terus meningkat apabila pasukan marin Amerika Syarikat menaiki sebuah kapal tangki berhampiran Selat Hormuz.
00:57Dalam insiden berasingan, sebuah lagi kapal dilaporkan dirampas oleh lelaki bersenjata di luar pesisi Yaman menimbulkan kebimbangan terhadap keselamatan laluan
01:08perkapalan utama di Laut Merah.
01:10Perkembangan itu berlaku ketika konflik yang kembali tercetus telah menjejaskan aliran bekalan tenaga dari teluk dan meningkatkan tekanan terhadap pasaran
01:19minyak global.
01:20PBB sekali lagi menggesa semua pihak supaya menahan diri dan memberi keutamaan kepada usaha diplomatik bagi mengelakkan lebih banyak kemusnahan
01:29serta kehilangan nyawa.
Comments

Recommended