Skip to playerSkip to main content
  • 1 day ago
Proses penamaan calon bagi kesemua lima kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di bawah Parlimen Port Dickson akan berlangsung di auditorium kompleks pentadbiran daerah Port Dickson.

Pastinya tumpuan terarah kepada kerusi panas iaitu N.32 Linggi.

Syaff Shukri langsung dari Port Dickson ada laporannya.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Baik, kita nak terus bersama dengan Syaf Syukri yang berada di talian ketika ini.
00:05Syaf, mungkin ada yang nak diceritakan di Negeri Sembilan ketika ini.
00:09Mungkin boleh kongsikan kepada kami pagi ini.
00:11Silakan, Syaf.
00:14Baik, terima kasih rakan setugas Nas Rasid di Bukit Jalil.
00:19Dan pada ketika ini, saya berada di Pusat Penamaan Calon di Auditorium Kompleks Pentadbiran Daerah Porniksen.
00:25dan khusus bagi memberi fokus kepada proses penamaan calon untuk ke semua lima-lima don yang terlibat dalam pilihan raya
00:34Negeri Sembilan yang ke-16 ini.
00:37Melibatkan Parlimen Porniksen sahaja.
00:39Kita ada don cuah, lukut, bagan pinang, linggi dan seri tanjung.
00:44Dan seperti yang kita laporkan sebelum ini, Nasya,
00:47antara kerusi tumpuan utama ataupun kerusi panas untuk PRN Negeri Sembilan pada kali ini,
00:53semestinya Dewan Undangan Negeri Linggi di mana Menteri Besar Negeri Sembilan
01:00ataupun Datuk Seri Aminuddin Harun
01:03yang juga merupakan penyandang bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Sikamat akan bertanding di Linggi.
01:09Dan beliau akan berdepan dengan beberapa pesaing utama
01:13dan seperti yang kita tahu juga kita melaporkan dari hari Selasa secara konsisten
01:17pengumuman calon oleh parti-parti seperti dimulakan dengan Pakatan Harapan di Kuala Pilah pada hari Selasa
01:25yang akan yang sudah mengumumkan calon.
01:27Keseluruhannya 36 calon di kesemua kerusi yang dipertandingkan seterusnya
01:32Barisan Nasional dengan 25 kerusi, Perikatan Nasional 11 kerusi dan Bersatu Semalam mengumumkan
01:38akan meletakkan calon di 24 kerusi.
01:41Dan menarik untuk kita perhatikan Don Linggi ini ya
01:43seperti yang sudah saya kongsikan juga Don Linggi merupakan kubu kuat Barisan Nasional
01:48dan penyandang ketika ini Datuk Muhammad Faizal Ramli akan kembali mempertahankan kerusi tersebut.
01:54Dan lebih menarik lagi ya selepas pengumuman calon oleh
01:58Parti Peribumi Bersatu Malaysia semalam dinilai
02:01Bersatu meletakkan dua calon untuk bertanding di bawah Parlimen Port Dickson
02:10melibatkan Don Linggi dan Bagan Pinang
02:13dan di Don Linggi Datuk Zamri Mat Said akan bertanding buat kali kedua
02:18kerana pada PRN 2023 yang lalu
02:20beliau bertanding di Don Linggi dalam saingan dua penjuru
02:26menentang Datuk Muhammad Faizal Ramli dan BN mencatatkan kemenangan di situ
02:31dan kali ini pastinya tumpuan terarah
02:34adakah BN akan mampu mempertahankan kerusi tersebut
02:38atau adakah Datuk Seri Aminuddin Harun
02:41yang pertama kali bertanding di Don Linggi
02:44yang juga merupakan penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri Sikamat
02:47sejak tahun 2008 akan mampu memecu rekod sebagai
02:50calon dari Pakatan Harapan yang pertama
02:53untuk memenangi kerusi Don tersebut.
02:56Dan antara lain juga ya kita tahu
02:58perkembangan politik semasa menyaksikan ya
03:01BN sebelum ini mengumumkan 25 kerusi
03:03yang akan dipertandingkan untuk PRN pada kali ini
03:06manakala PN dengan 11 kerusi menjadikan keseluruhan 36 kerusi
03:11dan untuk kelima-lima Don di bawah
03:16Parlimen Pondiksen ini
03:18PN meletakkan dua calon yang pertama di Don Lukut Satis Kumar Nila Meham
03:25dan juga untuk Don Bagan Pinang PN sekali lagi mempertaruhkan Abdul Fatah Zakaria
03:31yang juga merupakan penyandang kerusi Don tersebut
03:34dan bagi Barisan Nasional untuk kesemua kelima-lima kerusi Dewan Undangan Negeri di bawah Parlimen Pondiksen ini
03:42Barisan Nasional akan bertanding di tiga kerusi iaitu di N29 Cuah di Linggi dan juga Seri Tanjung
03:50manakala seperti yang kita tahu
03:53Pakatan Harapan dengan 36 calon yang akan bertanding
03:56dan semestinya kita akan membawakan laporan terus selepas ini
03:59kita akan melihat ketibaan dan juga kemeriahan ketibaan calon-calon pada sebentar lagi
04:06saya kira jam 8 pagi mereka akan tiba di sini kerana proses penamaan calon akan bermula jam 9 pagi
04:12dan semestinya saya dan rakan-rakan setugas yang lain
04:15saya, Farhan Hakimi, Ashraf Malik dan juga Syuhadah Kadir akan membawakan perkembangan terkini
04:21dan berkongsikan banyak lagi perkembangan sepanjang proses penamaan calon yang berlangsung untuk hari ini
04:27jadi untuk itu sekian untuk waktu ini Nas, kembali bersama Nas di Bukit Jalil
Comments

Recommended