Skip to playerSkip to main content
  • 1 day ago
Proses penamaan calon buka saingan 36 DUN dengan tempoh kempen 14 hari hingga 1 Ogos. PH, BN, PN dan parti lain umum agihan kerusi, 889,490 pemilih bakal mengundi, pengundian awal 28 Julai.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Persaingan merebut 36 kerusi Dewan Undangan Negeri DUN pada pilihan raya negeri PRN Negeri 9 ke-16 bermula secara rasmi
00:09hari ini.
00:09Dengan proses penamaan calon sekaligus membuka tempoh berkempen selama 14 hari.
00:15Tumpuan terarah kepada 8 pusat penamaan calon PPC di seluruh negeri apabila bakal calon akan mengumumkan kertas pencalonan masing-masing
00:24dari 9 pagi hingga 10 pagi.
00:26Sebelum pegawai pengurus pilihan raya mengumumkan senarai mutamat calon yang layak bertanding.
00:33Berdasarkan statistik Suruhanjaya Pilihan Raya SPR, seramai 889,490 pemilih layak mengundi pada PRN kali ini.
00:43Terdiri daripada 867,151 pengundi biasa, 16,884 anggota tentera dan pasangan, serta 5,455 anggota polis dan pasangan.
00:57Sementara itu, parti politik dikatakan sudah melengkapkan senarai calon masing-masing sekaligus memperlihatkan percaturan awal yang bakal mewarnai pertandingan di
01:0636 kerusi DUN.
01:08Pakatan Harapan PH akan bertanding di semua kerusi 36 DUN dengan menampilkan 16 calon daripada PKR, 11 daripada DAP dan
01:189 daripada Amanah.
01:20Barisan Nasional BN pula hanya akan bertanding di 25 kerusi DUN menerusi 16 calon daripada UMNO, 7 calon MCA serta
01:292 calon MIC.
01:30Perikatan Nasional PN mengesahkan akan bertanding di 11 kerusi DUN dengan 5 calon daripada PAS, manakala Gerakan serta Malaysian Indian
01:39People Party MIPP masing-masing meletakkan seorang calon.
01:43Parti Wawasan Negara, Wawasan, parti komponen terbaru PN bakal membuat penampilan sulung pada pilihan raya apabila meletakkan calon di 4
01:53kerusi DUN.
01:54Bagaimanapun bersatu mengumumkan akan bertanding secara solo tanpa PN dengan menggunakan logo sendiri.
02:00Persaingan kali ini turut disertai Parti Orang Asli Malaysia Asli dan Parti Sosialis Malaysia PSM yang masing-masing akan meletakkan
02:09seorang calon, manakala Parti Barisan Jemaah Islam Yasa Malaysia Berjasa dijangka mempertaruhkan 7 calon.
02:16Parti Ikatan Demokratik Malaysia Muda, Parti Pejuang Tanah Air Pejuang dan Parti Bersama Malaysia Bersama mengesahkan tidak bertanding pada PRN
02:25kali ini.
02:261 Ogos ini ditetapkan sebagai hari pengundian bagi PRN Negeri Sembilan, manakala pengundian awal adalah pada 28 Julai.
Comments

Recommended