Skip to playerSkip to main content
  • 2 days ago
Ajaran sesat terus menular, dengan pelbagai bentuk dan gerakan yang kian sukar dikesan.

Di sebalik tindakan penguatkuasaan sedia ada, timbul satu persoalan: akta mana untuk menanganinya, dan adakah ia benar-benar mencukupi?

Ini siri terakhir laporan khas Wartawan Astro AWANI, Pia Ernadya.

Category

🗞
News
Transcript
00:07Ajaran sesat terus menular dengan pelbagai bentuk dan gerakan yang kian sukar dikesan.
00:14Sebab tindakan penguatkuasaan sediada, timbul satu persoalan.
00:19Akta mana yang menanganinya dan adakah ia benar-benar mencukupi?
00:23Ini siri terakhir laporan khas wartawan Esra'awani, PR Nadia.
00:32Persoalan itu membawa saya ke nilai Negeri Sembilan.
00:35Kali ini, untuk bertemu Peguam Datuk Rosli Kamarudin,
00:39seorang Peguam yang mempunyai pengalaman mengendalikan dan meneliti kes-kes melibatkan kumpulan
00:44serta gerakan yang sering berada dalam ruang kelabu antara kepercayaan, undang-undang dan hak individu.
00:52Realitinya, ajaran sesat bukan sesuatu yang asing dalam sistem perundangan Malaysia.
00:57Sehingga kini, Malaysia tidak mempunyai satu akta khusus yang menyeluruh
01:02bagi menengani ajaran sesat atau gerakan berunsur kultus.
01:07Yang kita ada sekarang ini adalah agensi agama masing-masing.
01:13Ada tak satu undang-undang yang khusus spesial berkaitan ajaran sesat
01:19seperti mana kita menangani pengganas, terorizm.
01:25Kita menggunakan susma, kita menggunakan kanun kesiksaan,
01:29kita tangkap kalau dulu kita ada undang-undang poka bagi keganasan.
01:37Jadi, adakah undang-undang sebegini diadakan untuk ajaran sesat?
01:44Saya boleh katakan, kita kekurangan avenue seperti ini.
01:51Dalam kerangka undang-undang terdapat dua saluran utama
01:54jika seseorang didakwa terlibat dalam kultus,
01:57tindakan sivil dan tindakan di bawah agensi agama negeri.
02:01Dan ini adalah tindakan yang akan dibuat oleh penguatkuasa
02:05ataupun agensi agama di negeri-negeri masing-masing.
02:09Di Johor, umpamanya, ada inakmen dan ada kes-kes yang demikian
02:15yang disiasat, ditangkap, disiasat dan dibawa kepada mahkamah.
02:21Yang terbaru adalah kes Milah Abraham.
02:26Sebelum itu adalah kes Hizbut Tahrir di Johor
02:31yang mana mereka mendapati dalam siasatan
02:35terdapat elemen-elemen yang bercanggahan
02:39dengan fatwa negeri masing-masing.
02:48Namun, isu ini tidak hanya terhenti pada soal doktrin
02:52atau fatwa semata-mata.
02:54Adakah keadaan tertentu seseorang boleh dipengaruhi
02:57untuk menyertai sesuatu kumpulan
02:58melalui pelbagai bentuk helah dan perdayaan?
03:02Ada juga yang akhirnya menyumbang wang ringgit atau harta
03:05atas dasar kepercayaan.
03:07Ada keadaan tertentu itu kita dapati
03:10untuk memasuki pertubuhan itu
03:13dengan pelbagai helah dan perdayaan.
03:17Ada juga untuk memasuki kumpulan tertentu itu
03:21mereka menyumbang keuangan.
03:25mereka dipengaruhi dan menyerahkan wang ringgit
03:30atau harta mereka untuk pertubuhan itu.
03:34Di sini, tindakan civil itu boleh dilakukan
03:40kalau ada bukti yang jelas pemerdayaan.
03:44bermaknanya ada penipuan dibuat
03:47ada kerugian wang
03:51ataupun harta yang boleh dinilai
03:54ada bukti
03:55ini yang paling mustahak
03:57ada bukti
03:58contohnya money transfer dan sebagainya.
04:02Dan di sini timbul satu persoalan yang lebih besar
04:05cukupkah agensi agama
04:07enakmen negeri
04:09kepakaran sedia ada untuk membendung gerakan
04:11yang kian semakin kompleks
04:13atau sebenarnya sistem sedia ada
04:16sudah lagi tidak seiring
04:17dengan realiti ancaman semasa.
04:20Keperluan untuk satu undang-undang yang khusus
04:23bukan sekadar perbincangan.
04:25Mungkin ia satu keperluan yang mendesak.
04:28Namun persoalan yang di sini
04:30adakah kita
04:31benar-benar bersedia
04:33untuk melangkah ke depan?
04:36Saya PN Nadia
04:37untuk Estro Awadi.
04:39Terima kasih kerana menonton!
Comments

Recommended