Skip to playerSkip to main content
  • 2 days ago
Skim perumahan mampu milik luar bandar akan diperluaskan ke Mukah, Semop dan Matu susulan sambutan menggalakkan terhadap pembangunan Skim Pembesaran Kampung (SPK) Daro yang menawarkan konsep pemilikan rumah mampu milik kepada rakyat.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Skim perumahan mampu milik luar bandar akan diperluaskan ke muka, semop dan matu.
00:05Susulan sambutan menggalakkan terhadap pembangunan skim pembesaran kampung SPK Daro
00:11yang menawarkan konsep pemilikan rumah mampu milik kepada rakyat.
00:15Menurut Premier Tan Sri Abang Johari Tun Openg, projek SPK Daro akan dibangunkan secara berfasa
00:21membabitkan keseluruhan 131 lot kediaman dengan fasa pertama
00:27melibatkan pembinaan 59 rumah mampu milik menerusi peruntukan melebihi RM20 juta.
00:35Kita ada nak membangun di Daro untuk RM59 akan dibesarkan kepada RM131,
00:45di Mokah, Kampung Terian RM50, di Semop RM50 dan di Matu RM30.
00:57dengan roto akan ditambah. Apabila uang pembeli bertambah, kita akan membangunkan lagi.
01:05Kita hanya membangunkan rumah. Tapi kemudahan itu diberi oleh kerjaan.
01:11Menurut Abang Johari, pendekatan baharu perumahan itu membolehkan kerajaan menanggung kos tanah dan penyediaan infrastruktur
01:19sekaligus mengurangkan harga yang perlu dibayar pembeli.
01:22Katanya, meskipun nilai sebenar rumah lengkap dengan tanah, utiliti dan infrastruktur dianggarkan sekitar RM300,000,
01:30pembeli hanya perlu membayar RM150,000 kerana baki kos ditanggung kerajaan negeri.
01:35Tambahnya, kerajaan turut menyediakan deposit pembelian rumah sebanyak RM10,000
01:40manakala baki pembiayaan boleh diperoleh melalui mutiara mortgage milik kerajaan negeri pada kadar keuntungan hanya 1%.
01:48Abang Johari berkata, reka bentuk rumah itu turut mengambil kira keperluan rangka panjang pemilik
01:54yang membolehkan kediaman diperbesarkan pada masa depan mengikut kemampuan kewangan masing-masing.
02:00Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melawat tapak SPK Daro di Mukah pada Jumaat.
Comments

Recommended