Skip to playerSkip to main content
  • 2 days ago
Netflix merekodkan peningkatan keuntungan dan hasil pada suku kedua didorong pertumbuhan pelanggan, pelarasan harga langganan serta peningkatan hasil pengiklanan, dengan hasil syarikat meningkat 13 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Syarikat penstriman Amerika Syarikat Netflix merekodkan peningkatan keuntungan dan hasil pada suku kedua tahun ini
00:07didorong pertumbuhan keahlian pelanggan serta peningkatan hasil pengiklanan.
00:12Netflix melaporkan pendapatan besi bagi suku kedua meningkat kepada 3.40 bilion dolar Amerika
00:19berbanding 3.13 bilion dolar dalam tempoh sama tahun lalu.
00:28Hasil syarikat turut meningkat 13% kepada 12.56 bilion dolar berbanding 11.08 bilion dolar sebelum ini.
00:38Peningkatan itu dipacu oleh pertumbuhan jumlah pelanggan, pelarasan harga langganan serta pertambahan pendapatan daripada segmen periklanan.
00:46Pendapatan operasi Netflix meningkat kepada 4.19 bilion dolar manakala margin operasi dicatatkan pada 33.4%.
00:56Dari segi pasaran, hasil Netflix meningkat di semua rantau utama termasuk Amerika Syarikat dan Kanada, Eropah, Asia Barat dan Afrika,
01:05Amerika Latin serta Asia Pasifik.
01:07Bagi suku ketiga, Netflix menjagakan hasil sebanyak 12.86 bilion dolar dengan pendapatan bersih dianggarkan 3.45 bilion dolar.
01:18Syarikat itu turut menetapkan unjuran hasil tahun kewangan 2026 antara 51.0 hingga 51.4 bilion dolar Amerika dengan sasaran
01:28margin operasi 31.5%.
01:31Terima kasih kerana menonton!
Comments

Recommended