Skip to playerSkip to main content
  • 2 days ago
Sebanyak 88 peratus syarikat Jerman menilai keadaan perniagaan di Malaysia sebagai baik atau memuaskan, manakala majoriti yakin prospek perniagaan dan ekonomi negara kekal stabil dalam tempoh setahun akan datang.

Category

🗞
News
Transcript
00:0088% syarikat Jerman menilai iklim perniagaan di Malaysia sebagai baik atau memuaskan, mencerminkan keyakinan berterusan terhadap ekonomi negara.
00:11Dapatan itu berdasarkan tinjauan prospek perniagaan dunia musim bunga 2026 yang dijalankan oleh Dewan Perniagaan dan Perindustrian Malaysia Jerman.
00:23Tinjauan itu mendapati 87% responden menjangkakan keadaan perniagaan mereka kekal stabil atau bertambah baik dalam tempoh 12 bulan akan
00:33datang.
00:33Daripada jumlah itu, 35% menjangka peningkatan prestasi perniagaan, manakala 52% lagi menjangkakan keadaan kekal pada tahap semasa.
00:43Dari segi pengambilan pekerja, 34% syarikat berhasrat menambah tenaga kerja dalam tempoh setahun akan datang, manakala 46% akan
00:52mengekalkan jumlah pekerja sediada.
00:55Pengarah eksekutif MGCC Hannes Farlok berkata, dapatan tersebut menunjukkan Malaysia kekal sebagai pangkalan yang stabil dan dipercayai oleh pelabur Jerman
01:05meskipun berdepan ketidaktentuan global.
01:07Tinjauan itu turut menunjukkan 71% responden melihat prospek ekonomi Malaysia sebagai stabil atau menggalakkan untuk tempoh setahun akan datang.
01:18Dalam aspek pelaburan pula, 41% syarikat berhasrat mengekalkan pelaburan sedia ada, manakala 21% berancang meningkatkan pelaburan di Malaysia.
01:28MGCC memaklumkan hanya 18% syarikat sedang mempertimbangkan pemindahan operasi ke lokasi lain, manakala majoriti memilih untuk memperkukuh operasi sedia
01:39ada di negara ini.
01:41Langkah itu termasuk meneroka pasaran jualan baharu dan memperluas rangkaian pembekal sekaligus menunjukkan Malaysia sebagai hak perniagaan serantau yang terus
01:50menarik perhatian pelabur asing.
01:52Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended