00:00Prestasi syarikat pemula Bumi Putra melalui skim usahawan permulaan Bumi Putra Superb terus menunjukkan perkembangan meberangsangkan dengan hasil terkumpul sebanyak
00:11RM519.1 juta, iaitu hampir empat kali ganda berbanding pencapaian pada 2021.
00:18Ketua Pegawai Eksekutif Teraju Junadir Nawawi berkata berdasarkan data mendapati 82.9% atau 231 syarikat penerima Superb masih aktif
00:30dan beroperasi sehingga kini.
00:34Melalui program Superb Coach & Grow, sebanyak 48 syarikat yang menyertai program itu berjaya meningkatkan jualan terkumpul daripada RM29.87
00:44juta kepada RM65.29 juta, iaitu hampir dua kali ganda berbanding sebelum menyertainya.
00:52Sejak diperkenalkan pada 2014 hingga 2021, program Superb telah menyokong lebih 200 syarikat menerusi geran sehingga RM500,000 bagi setiap
01:02penerima selain menyediakan bimbingan pembangunan perniagaan.
01:06Jelasnya pembangunan syarikat pemula tidak terhenti selepas mendapat geran sebaliknya menerima sokongan berterusan merangkumi akses pembiayaan, pasaran, pelaburan serta jaringan
01:17strategik bagi memastikan mereka mampu berkembang ke peringkat lebih tinggi.
01:22Beliau berkata demikian dalam ucapannya di majlis di sesi libat urus ekosistem pemula teraju, suara visi dan aspirasi saiber jaya
01:31pada Jumaat.
01:32Majlis itu dihadiri Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Muhammad Nasir.
Comments