Skip to playerSkip to main content
  • 2 days ago
Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata masyarakat majmuk di Malaysia tidak seharusnya terperangkap dengan naratif bahawa perbezaan kaum dan agama pasti membawa kepada pertembungan.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Perdana Menteri Datuk Sri Anwar Ibrahim menyeru rakyat Malaysia supaya saling memahami budaya dan agama masing-masing bagi mengelakkan prasangka.
00:09Tegasnya, konflik sebenar yang perlu dibimbangi bukanlah clash of civilisation, sebaliknya clash of ignorance atau pertembungan kejahilan.
00:20Beliau berkata masyarakat majmuk di Malaysia tidak seharusnya terperangkap dengan naratif bahawa perbezaan kaum dan agama pasti membawa kepada pertembungan.
00:49Tengok, aku lebih baik. Eh betul, tapi hormatlah. Fahamlah. Kalau saya tanya, random orang yang tanya, kawan you Cina ada.
00:59You tahu sikit, beritengangkan 10 minit peradaban Cina. Umumnya tak boleh jawab. Tanya anak Cina, tahu tak Islam beritengangkan 10
01:08minit.
01:08Belum tentu. Jadi kita ni akhirnya tapi nak debat. Oh ni lebih baik, ni lebih baik, ni sejarah kami lebih
01:14baik, budaya kami lebih baik, bahasa kami lebih baik.
01:20Beliau merujuk kepada penulisan cendekiawan Palestine, Edward Said, yang menyanggah teori clash of civilisations yang diperkenalkan ahli sains politik Amerika
01:29Syarikat, Samuel Phillips Huntington.
01:32Jelas Perdana Menteri Said berpandangan, konflik yang berlaku di dunia hari ini bukanlah berpunca daripada pertembungan tamadun, sebaliknya lahir daripada
01:40kejahilan manusia terhadap budaya dan kepercayaan pihak lain.
01:44Beliau berkata antara punca perasangka ialah kegagalan masyarakat memahami agama, sejarah dan budaya kaum lain sebelum membuat penilaian.
01:53Menurutnya banyak pihak dengan sambil lewa mendakwa budaya atau sejarah sendiri lebih baik sedangkan mereka tidak mengenali latar belakang masyarakat
02:02lain.
02:02Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended