Skip to playerSkip to main content
  • 2 days ago
Kerajaan menegaskan pengurusan syarikat pelabuhan tidak tertakluk kepada campur tangan pentadbiran, namun pematuhan terhadap dasar pemilikan tempatan kekal menjadi keutamaan.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Kerajaan tidak mencapuri urusan dalaman syarikat pelabuhan termasuk pelantikan barisan pengurusan tertinggi.
00:06Namun, jelas Menteri Pengangkutan Anthony Locke, pegangan majoriti saham bagi syarikat konsesi yang mengendalikan aset strategik negara perlu kekal dimiliki
00:15negara.
00:19Untuk kerajaan, kita hanya kawal sendiri dari segi share holding.
00:22Share holding itu mesti untuk konsesi-konsesi dan juga aset-aset yang penting strategik negara termasuk pelabuhan dan sebagainya.
00:32It must be majoriti owned by Malaysia. 51%. That is our policy.
00:36Tetapi dari segi management, biasanya kerajaan tidak mencapuri urusan pengurusan syarikat.
00:43Beliau bercakap dalam sidang media di Kementerian Pengangkutan Putrajaya pada Jumaat ketika mengulas pelantikan bekas pengurusi
00:51dan Ketua Pegawai Eksekutif DP World Sultan Ahmad Sulaim sebagai peneraju MMC Port Holdings Berhad
00:58selepas Azman Shah Muhammad Yusuf meletakkan jawatan berkuatkuasa serta-merta.
01:03Setakat ini, kerajaan belum menerima sebarang makluman daripada syarikat atau pemegang konsesi
01:09berhubung perubahan pegangan saham susulan pelantikan berkenaan.
01:13Tambahnya, sebarang perubahan dalam struktur pemilikan saham syarikat konsesi
01:17perlu dimaklumkan kepada kerajaan bagi memastikan aset strategik negara
01:22terus berada dalam kawalan kepentingan tempatan.
Comments

Recommended