Skip to playerSkip to main content
  • 2 days ago
Amerika Syarikat tetapkan had baharu: pelajar asing maksimum empat tahun, wartawan 240 hari. Lanjutan dibenarkan. Langkah ini bertujuan memperkukuh pemantauan imigresen dan memastikan pematuhan syarat visa.

Category

🗞
News
Transcript
00:01Kerajaan Amerika Syarikat memperketatkan had tempoh tinggal bagi pelajar asing dan juga wakil media di negara itu menulis satu peraturan
00:10baru yang diumumkan pada Khamis.
00:11Di bawah peraturan tersebut, pelajar asing termasuk pelajar program pertukaran dibenarkan tinggal di Amerika maksimum 4 tahun, manakala bagi wartawan
00:20asing selama 240 hari, manakala bagi wartawan warga China hanya dibenarkan berada selama 90 hari bagi setiap kemasukan.
00:30Jabatan Keselamatan Dalam Negeri DHS menerusi peraturan muktamad yang dikeluarkan pada Khamis menetapkan visa pelajar antarabangsa F, visa program pertukaran
00:41J dan visa media asing satu kepada tempoh tetap menggantikan sistem sedia ada yang membenarkan pemegang visa kekal di negara
00:49itu sepanjang tempoh pengajian program atau pekerjaan mereka.
00:53Peraturan itu dijadual berkuatkuasa 60 hari selepas disiarkan dalam daftar Persekutuan Amerika tertakluk kepada semakan Kongres.
01:03Pemegang visa masih boleh memohon lanjutan tempoh tinggal tanpa perlu meninggalkan negara tersebut.
01:09Langkah itu dijangka menambah cabaran kepada pelajar antarabangsa, pekerja program pertukaran dan pengamal media asing yang ingin berada di Amerika
01:17dalam tempoh panjang.
01:18Sejak kembali memegang jawatan pada Januari 2025, Donald Trump melaksanakan dasar imigresen lebih ketat termasuk meningkatkan pemantauan terhadap imigresen sah,
01:29membatalkan visa pelajar dan kad penduduk tetap green card dalam beberapa kes serta menarik balik status sah ratusan ribu pendatang.
01:37Dalam kalangan pelajar pascah siswaza, peraturan baharu itu turut melarang perubahan objektif pengajian dan pertukaran institusi pendidikan tanpa kebenaran.
01:47Tempoh diberikan kepada pelajar untuk meninggalkan Amerika selepas tamat pengajian atau latihan juga dikurangkan daripada 60 hari kepada 30 hari.
Comments

Recommended