Skip to playerSkip to main content
  • 2 days ago
Kejadian tanah runtuh di Kampung Desa Aman pada petang Khamis menjejaskan dua buah rumah selepas runtuhan tanah menghempap bahagian dapur kediaman terbabit. Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Buloh yang menerima panggilan kecemasan pada jam 6.09 petang segera menggerakkan pasukan ke lokasi bagi menjalankan pemeriksaan dan tindakan keselamatan. Tiada mangsa dilaporkan cedera, namun penghuni diarahkan berpindah ke kawasan selamat sebagai langkah berjaga-jaga. Anggota bomba turut mengesan kebocoran gas LPG dan menjalankan kerja pengudaraan bagi mengelakkan risiko kebakaran atau letupan sebelum operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 7.59 malam.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Satu kejadian tanah runtuh berlaku di Kampung Desa Aman pada Khamis dan menjejaskan beberapa rumah berpenghuni.
00:06Menurut Balai Bomber dan Penyelamat BBP Sungai Buloh, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada 6.09 petang sebelum sepasukan
00:16anggota digerakkan ke lokasi.
00:18Setibanya di lokasi kejadian, petugas yang diketuai Pegawai Bomber Kanan 1, Muhammad Khairul Mad Yassin bersama 6 anggota mendapati berlaku
00:28runtuhan tanah yang mehempap bahagian dapur 2 buah rumah di kawasan berkenaan.
00:33Bagaimanapun, tiada mangsa yang dilaporkan cedera atau terlibat dalam kejadian berkenaan.
00:37Sebagai langkah berjaga-jaga, bomba mengarahkan penghuni kedua-dua rumah berpindah ke kawasan yang lebih selamat bagi mengeratkan sebarang risiko
00:45yang tidak diingini.
00:46Susulan itu, anggota bomber telah menjalankan kerja-kerja pengudaraan di bahagian dapur selepas mengesan kebocoran gas perterum cecair LPG yang
00:55berpotensi mengundang risiko kebakaran atau letupan.
00:58Jelas Khairul, operasi menyelamat ditamatkan sepenuhnya sekitar jam 7.59 malam.
01:04Selepas mengesahkan, keadaan di kawasan berkenaan selamat dan tiada lagi ancaman bahaya dikesan.
Comments

Recommended