Skip to playerSkip to main content
  • 2 days ago
Malaysia akan membangunkan mekanisme sendiri bagi mengurus pelarian dan pemohon suaka tanpa bergantung kepada entiti asing. Langkah itu memberi tumpuan kepada penguatkuasaan yang lebih berkesan, kebajikan sosial serta aspek keselamatan dan kedaulatan negara.
Transcript
00:00Malaysia akan membangunkan mekanisme pengurusan pelarian dan pemohon suaka sendiri tanpa bergantung kepada entiti asing.
00:08Menurut Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Ahmad Zahir Amidi, pendekatan itu memberi penekanan kepada mekanisme pengurusan dan penguatkuasaan yang
00:16lebih efisien serta penyelarasan dasar berkaitan kebajikan dan juga sosial.
00:23Beliau berkata langkah itu merangkumi akses kepada kemudahan kesihatan, pendidikan dan kebenaran bekerja kepada pelarian yang layak.
00:31Ujarnya pengurusan isu pelarian yang berkesan memerlukan keseimbangan antara penguatkuasaan undang-undang dan tanggungjawab sosial terhadap komuniti terlibat.
00:41Beliau turut menegaskan usaha penguatkuasaan kerajaan sering berdepan cabaran akibat kewujudan pihak yang menjadi pemudah cara atas kepentingan peribadi termasuk
00:52untuk keuntungan sewa dan mendapatkan tenaga kerja murah.
00:55Perkara itu dinyatakan dalam jawapan bertulis yang disiarkan menerusi portal parlimen bagi menjelaskan pendekatan kerajaan dalam mengurus isu pelarian dan
01:05pemohon suaka di negara ini.
01:06Jelasnya aspek keselamatan dan kedaulatan negara akan terus menjadi keutamaan dalam pengurusan isu berkenaan.
Comments

Recommended