00:00Jerebu daripada kebakaran hutan di Canada menyebabkan kualiti udara di New York merosot ke tahap tidak sihat pada Khamis.
00:08Datuk Bandar New York Zohran Mamdani berkata, pihak berkuasa menjangkakan Khamis menjadi hari paling teruk bagi fenomena jerebu di kawasan
00:16New York
00:17dengan keadaan yang boleh menjejaskan kesihatan semua penduduk, bukan hanya golongan berisiko.
00:24Ini sekaligus mendorong pihak berkuasa menggesa penduduk berada di dalam bangunan, mengurangkan aktiviti berat di luar dan memakai pelitup muka.
01:09Beliau berkata gabungan jerebu kebakaran hutan, suhu mencecah 35 Celsius serta risiko banjir menunjukkan kesan perubahan iklim yang semakin ketara
01:20terhadap bandar raya itu.
01:21Menurut Zohran, keadaan tersebut menggariskan keperluan untuk melaksanakan langkah keselamatan jangka pendek, sederhana dan panjang
01:29bagi melindungi penduduk New York daripada kesan perubahan iklim pada masa hadapan.
Comments