00:00Angka kematian akibat dua gempa bumi kuat yang melanda Venezuela bulan lalu kini semakin hampiri 5,000 orang.
00:07Kenyataan kerajaan Venezuela mendedahkan angka mereka yang maut dalam bencana itu sudah melepasi 4,800 orang.
00:17Gempa bumi berukuran 7.2 dan 7.5 magnitud itu berlaku dalam selang masa hanya semenit pada 24 Jun,
00:25memusnahkan negeri pesisir pantai La Guaira yang terletak di utara Caracas.
00:30Menurut angka terbaru yang dikongsi Ketua Perhimpunan Kebangsaan George Rory Guest menerusi telegram,
00:35bencana itu telah mengorbankan 4,829 orang.
00:40Pasukan penyelamat bersama ahli keluarga mangsa di La Guaira masih meneruskan operasi mencari menyelamat yang tertimbus
00:47di bawah runtuhan bangunan tiga minggu selepas gempa bumi melanda.
00:52Selain korban jiwa, gempa bumi itu turut merosakkan 856 bangunan termasuk 190 yang runtuh.
01:00Sekurang-kurangnya 20,857 mangsa yang kehilangan tempat tinggal akibat gempa
01:05kini berlindung di kem penempatan sementara yang sesak dengan kebanyakannya berdepan kekurangan bekalan air
01:11dan sistem sanitasi yang sempurna.
01:14Gempa bumi itu turut menyebabkan 16,740 orang cedera.
01:18Rory Guest sebelum ini memaklumkan kebanyakan mereka telah dibenarkan keluar dari hospital.
01:24Menurut pakar, peluang untuk menemukan mangsa yang masih hidup selepas tiga minggu berlakunya gempa bumi adalah amat tipis.
01:32Gempa bumi pada 24 Jun lalu adalah antara yang paling kuat yang pernah melanda negara Amerika Selatan itu.
01:38yang dapat melihat siÄ™ ini membuat sebuah kanibatnya.
01:40Terima kasih kerana menonton!
Comments