Skip to playerSkip to main content
  • 3 hours ago
Astro AWANI merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan tahniah kepada semua pemenang serta finalis yang mengharumkan nama organisasi pada Hadiah Kewartawanan Malaysia (HKM) MPI-Petronas 2025.
Transcript
00:00Selain itu, Astro Awani merangkul tiga anugerah sempena hadiah kewatauanan Malaysia HKM MPI Petronas 2025 yang berlangsung di Ibu Negara
00:09pada Jumaat malam.
00:11Pengiktirafan itu sekaligus mencerminkan komitmen saluran berita 24 jam ini dalam menyampaikan laporan berkualiti dan berimpak kepada masyarakat.
00:19Dalam kategori Bicara Warah Video Terbaik, editor kanan Muhammad Dizofiti Mat Yusof bersama penerbit dan editor kanan Azlinda Mat Saleh
00:29muncul pemenang perak menerusi penerbitan Buletin Awani Khas 2 Tahun Genesik Gaza bersama aktivis global Sumut Flotila.
00:37Ia sekaligus menyaksikan mereka berjaya membawa pulang wang tunai sebanyak RM3,000 serta sijil.
00:44Sementara itu, Ketua Editor Media Sosial Hilal Azmi bersama jurukamera Muhammad Rizal Rahim meraih anugerah gangsa bagi kategori lintas langsung
00:54berita video terbaik menerusi liputan delegasi Freedom Flotila Bebas dibawa ke Istanbul.
01:00Bagi kategori kewartawanan foto terbaik pula, Muhammad Syahid Omar dinobatkan sebagai pemenang gangsa.
01:10Hadir sama pada malam penyitirafan buat pengawal media negara itu ialah Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Comments

Recommended