00:00Parlimen Israel dibubarkan awal pagi Jumaat selepas meluluskan beberapa rang undang-undang RUU yang mencetuskan kontroversi.
00:09Pembubaran yang sememangnya dijangka itu berlaku ketika Benjamin Netanyahu bergelut mengekalkan kuasa menjelang pilihan raya di jadual berlangsung pada 27
00:19Oktober ini.
00:21Pembubaran pada Jumaat itu turut menyaksikan kerajaan pimpinan Netanyahu melengkapkan penggal penuh selama empat tahun, sesuatu yang jarang berlaku dalam
00:29sejarah politik Israel.
00:32Sepanjang minggu lalu, Knesset meluluskan beberapa RUU kontroversi dalam siri persidangan ketika Netanyahu berusaha melaksanakan beberapa agenda utama petabirannya.
00:42Dalam beberapa hari kebelakangan ini, Knesset turut meluluskan beberapa RUU berkaitan usaha Netanyahu merombak sistem kehakiman.
00:51Ia termasuk meningkatkan kawalan kerajaan terhadap media penyiaran serta mengurangkan peranan pengguam negara.
00:57Netanyahu merupakan Perdana Menteri yang paling lama berkhidmat dalam sejarah Israel.
01:02Namun, beliau juga jarang berjaya menamatkan penggal penuh selama empat tahun.
Comments