Skip to playerSkip to main content
  • 3 weeks ago
Presiden AS Donald Trump membatalkan cadangan mengenakan caj 20 peratus ke atas kapal yang melalui Selat Hormuz dan menggantikannya dengan perjanjian perdagangan serta pelaburan bersama negara-negara Teluk.
Transcript
00:05Sehari selepas umum untuk cadangan mengenakan caj 20% ke atas kargo yang melalui selat hormus, Presiden Donald Trump membuat
00:13pusingan you.
00:13Kata Trump, cadangan itu dibatalkan dan akan digantikan dengan perjanjian perdagangan dan pelaburan melibatkan negara-negara teluk di Amerika Syarikat.
00:24Menurut Trump, pelaburan baharu yang bakal diumumkan itu dijangka memberi manfaat besar kepada kedua-dua pihak dan menyumbang kepada pertumbuhan
00:32ekonomi Amerika Syarikat.
00:33Beliau mendakwa pelaburan tersebut akan merangsang pembinaan lebih banyak kilang, logi dan kemudahan industri di seluruh negara, sekaligus mewujudkan jutaan
00:42peluang pekerjaan bergaji tinggi kepada rakyat Amerika.
00:45Trump turut mendakwa bekala minyak kini kembali lancar dan selat hormus dibuka kepada trafik perkapalan antarabangsa.
00:53Bagaimanapun, beliau menegaskan sekatan menyeluruh akan terus dikenakan terhadap kapal yang keluar masuk pelabuhan Iran atau membawa sebarang kargo berkaitan
01:02Iran.
01:02Beliau turut mengulangi pendirian bahawa Iran tidak akan dibenarkan memiliki senjata nuklear.
01:08Trump sebulan ini mencadangkan supaya Amerika Syarikat mengambil alih tanggungjawab keselamatan di selat hormus dan menggunakan caj 20% ke
01:16atas kapal komersial sebagai bayaran bagi pelindungan keselamatan di laluan strategi itu.
Comments

Recommended