00:00Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu PBB memberi amaran bahawa peningkatan semula konflik antara Amerika Syarikat dan Iran merupakan kemunduran besar kepada
00:08usaha keamanan di rantau Asia Barat.
00:11Timbalan jurucakap PBB Farhan Haq berkata, peseruh jaya tinggi hak asasi manusia PBB Volker Turk menyifatkan perkembangan itu sebagai ancaman
00:19kepada kestabilan serantau dan hak asasi manusia.
00:24Menurut Haq, semua pihak yang terlibat mesti mematuhi undang-undang kemanusiaan antarabangsa.
00:30Ini termasuk mengambil langkah sewajarnya untuk melindungi orang awam dan infrastruktur awam.
00:35Sebarang dakwaan pelanggaran undang-undang antarabangsa juga perlu disiasat secara bebas dan segera.
00:40Dalam masa sama, PBB menyuarakan kebimbangan terhadap keselamatan maritim, sesulan laporan serangan terhadap kapal-kapal perdagangan di Selat Humus dan
00:49kawasan sekitarnya pada Isnin Malam.
00:51Haq berkata, pertubuhan maritim antarabangsa IMO memandang serius insiden tersebut yang dilaporkan mengorbankan sekurang-kurangnya dua pelaut dan mencederakan beberapa
01:01individu lain.
01:02Menurut beliau, IMO mengecam serangan berkenaan dan menggesa kitaran peningkatan konflik dihentikan segera.
01:08Mengulas mengenai laluan perdagangan di Selat Humus, Haq menegaskan pendirian PBB bahawa kebebasan pelayaran mesti terus dipelihara.
Comments