Skip to playerSkip to main content
  • 3 weeks ago
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump berkata Iran dan Hezbollah berkemungkinan dimasukkan ke dalam rang undang-undang sekatan yang sedang dipertimbangkan Kongres, selain sekatan sedia ada terhadap Rusia.
Transcript
00:00Undang-Undang Sezakatan terhadap Rusia yang sedang dipertimbangkan Kongres
00:03berkemungkinan diperluaskan untuk merangkumi Iran dan kumpulan Hezbollah.
00:07Menurut Presiden Donald Trump, cadangan untuk menyenaraikan Iran dan Hezbollah
00:11sedang dipertimbangkan secara serius oleh penggubal Undang-Undang Negara itu.
00:18Trump berkata perkara itu merupakan antara agenda yang diperjuangkan
00:22mendiang Senator Republikan Lindsey Graham
00:24yang sebelum ini lantang menyokong tindakan lebih tegas terhadap Rusia dan sekutunya.
00:30Beliau berkata terdapat kemungkinan besar rang Undang-Undang itu akan diluluskan.
00:34Namun beberapa pindaan masih sedang dibincangkan
00:37termasuk cadangan mengenakan sekatan kepada pihak yang menjalankan urusan perniagaan dengan Hezbollah.
00:43Bagaimanapun, beliau tidak mengulas lanjut mengenai bentuk sekatan yang dicadangkan
00:47atau jangka masa pelaksanaannya.
00:50Cadangan tersebut dikemuka ketika Washington terus meningkatkan tekanan
00:53terhadap beberapa negara dan kumpulan yang dianggap mengancam kepentingan keselamatan
00:58dan dasar luar AS.
Comments

Recommended