Skip to playerSkip to main content
  • 4 hours ago
Yoon Suk-yeol, 65, kini ditahan sementara menunggu rayuan terhadap hukuman penjara seumur hidup dalam satu kes berasingan kerana mengetuai pemberontakan menerusi pengisytiharan undang-undang tentera pada 2024.
Transcript
00:00Sebuah mahkamah di Korea Selatan pada Isnin menjatuhkan hukuman penjara dua tahun terhadap bekas Presiden Yung Sook Yul kerana didapati
00:08bersalah menerima tinjauan pendapat secara percuma sebagai balasan kepada sokongan politik.
00:15Sook Yul, 65 tahun, kini ditahan sementara menunggu rayuan terhadap hukuman penjara seumur hidup dalam satu kes perasingan kerana mengetuai
00:24pemberontakan menerusi pengisytiharan Undang-Undang Tentera pada 2024.
00:31Dalam satu lagi kes mahkamah turut menjatuhkan hukuman penjara 30 tahun terhadap Sook Yul kerana menghantar drone ke Korea Utara
00:40bagi mencetuskan krisis menjelang usahanya mengisytiharkan Undang-Undang Tentera.
00:45Keputusan mahkamah pada Isnin itu bagaimanapun tidak berkaitan dengan pengisytiharan Undang-Undang Tentera tersebut.
00:52Sebaliknya ia melibatkan dawaan Sook Yul menerima perkhidmatan tinjauan pendapat secara percuma antara 2021 hingga 2022 sebagai balasan kerana menyokong
01:04seorang calon yang mahu mendapatkan pencalonan partinya bagi pilihan raya kecil Parlimen.
01:09Dalam penghakimannya mahkamah mendapati Sook Yul dengan kerjasama istrinya Kim Kyung Hee menerima 14 tinjauan pendapat secara percuma daripada tokoh
01:19berpengaruh politik Myung Tae Hyun sebagai balasan kerana menyokong calon yang disokong olehnya.
01:25Mahkamah turut mensabitkan Tae Kyung bersalah dan menjatuhkan hukuman penjara 18 bulan terhadapnya.
Comments

Recommended