Skip to playerSkip to main content
  • 4 hours ago
Jepun meluluskan undang-undang baharu yang memperketat penggunaan media sosial dalam pilihan raya bagi membendung penyebaran maklumat palsu, termasuk mewajibkan pendedahan kandungan yang dijana atau diubah suai menggunakan kecerdasan buatan (AI).
Transcript
00:00Pertemu semula, Jepun meluluskan undang-undang baru bagi memperketat penggunaan media sosial dalam pilihan raya demi memastikan keadilan proses demokrasi.
00:11Undang-undang itu diluluskan Dewan Kaunselor dan bertujuan membendung penyebaran maklumat palsu dan kandungan menggunakan kecerdasan buatan AI sepanjang tempoh
00:21kempen pilihan raya.
00:24Pindaan berkenaan turut melarang pengguna internet menyebarkan maklumat palsu atau memutar belikan fakta mengenai calon hingga menjejaskan keadilan pilihan raya.
00:35Selain itu, pengguna yang memuat naik imej atau video berkaitan pilihan raya yang dijana atau diubah suai menggunakan AI diwajibkan
00:43menyatakan status kandungan tersebut.
00:45Langkah baru itu dilihat sebagai usaha menangani pengaruh media sosial yang semakin besar dalam politik dan kempen pilihan raya di
00:53Jepun.
00:54Kerajaan menyasarkan pindaan itu dikuatkuasakan menjelang 1 Mac 2017 sebelum pilihan raya kerajaan tempatan serentak yang dijangka menjadi acara demokrasi
01:03utama negara itu.
01:05Kementerian Hal Elwal dalam Negeri dan Komunikasi akan menetapkan garis panduan kepada pengendali platform digital termasuk langkah mengurangkan penyebaran maklumat
01:14palsu.
01:15Antara cadangan yang dibincangkan termasuk memaparkan notis amaran, mengutamakan maklumat daripada sumber rasmi dan menggantung perjanaan pendapatan bagi kandungan yang
01:24melanggar peraturan.
Comments

Recommended