Skip to playerSkip to main content
  • 3 weeks ago
Israel dilapor meneruskan rancangan membina 450 unit penempatan baharu di Baitulmaqdis Timur yang diduduki.

Kumpulan hak asasi memberi amaran langkah itu boleh mengubah komposisi demografi kawasan Palestin serta meningkatkan ketegangan.
Transcript
00:00Sementara itu, pihak berkuasa Israel meneruskan rancangan membina sekitar 450 unit penempatan haram baharu di Baitul Magdis Timur yang diduduki.
00:10Menurut kumpulan Haiz Asasi Israel, I.R. Amim, jawatan kuasa perancangan dan pembangunan Baitul Magdis telah meluluskan pelan berkenaan selepas
00:19projek tertangguh lebih dua tahun.
00:21Dan kawasan itu terletak di antara kejiranan Palestine Jabal Al-Muqabir dan Sur Bahir yang kini menempatkan kira-kira 800
00:28unit kediaman Palestine.
00:30Tambahnya, projek itu dijangka menempatkan sekitar 2,000 penduduk Israel sekaligus boleh meningkatkan ketegangan dengan penduduk Palestine setempat.
00:39Kumpulan itu turut mendakwa keputusan tersebut merupakan langkah politik bagi memperluaskan penempatan Israel di kawasan berkenaan.
00:46Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu PBB sebelum ini berulang kali menegaskan bahawa penempatan Israel di wilayah Palestine yang diduduki adalah bercanggah
00:55dengan undang-undang antarabangsa.
00:57Langkah itu juga menimbulkan kebimbangan kumpulan Haiz Asasi yang berdakwa ia boleh mengubah komposisi demografi kawasan berkenaan.
Comments

Recommended