00:00Selanjutnya, Kementerian Pertahanan mengakui Angkatan Tentera Malaysia ATM masih bergantung pada pembekal luar negara untuk aset strategik seperti pesawat, kapal
00:09dan sistem persenjataan berteknologi tinggi.
00:12Bagaimanapun, kerajaan sedang memperkukuh keupayaan industri pertahanan tempatan.
00:17Timbalan Menteri Pertahanan Adli Zahari berkata, kebergantungan itu merupakan realiti dalam industri pertahanan global berikutan tahap kompleksiti serta kos pembangunan
00:27aset kenaan.
00:30Kerajaan menyokong pembangunan industri tempatan melalui peningkatan kapasiti industri pertahanan domestik, pembangunan tenaga mahir tempatan serta pemerkasaan ekosistem industri selaras
00:41dengan dasar industri pertahanan negara di IPN.
00:43Dan usaha ini bertujuan mengurangkan risiko gangguan bekalan, kelewatan perhantaran dan juga kebergantungan kepada sumber luar.
00:51Sebagian dengan itu, tujuh projek rintis di bawah di IPN telah dilaksanakan bagi membangunkan keupayaan strategi tempatan dan memperkukuh kemandirian
01:00industri pertahanan negara,
01:02iaitu perkhidmatan satelit pertahanan negara, sistem laser pertahanan, sistem perisikan elektronik pasif, persenjataan, platform kesis beroda, simulator pertahanan dan juga
01:15pembangunan teknologi drone.
01:17Terima kasih telah menonton!
Comments