00:00Terima kasih yang berhormat pendang, walaupun pantun itu tak berkaitan dengan jawapan ini.
00:05Pada masa ini, Kementerian Pertahanan tidak menafikan bahawa Angkatan Tentera Malaysia, ATM, masih mempunyai kebergantungan kepada pembekal dari negara asing,
00:16khususnya bagi aset-aset strategik seperti pesawat, kapal dan juga sistem persenjataan berteknologi tinggi.
00:23Kebergantungan ini merupakan realiti dalam industri pertahanan global, memandangkan tahap kompleksiti dan juga kos pembangunan aset tersebut.
00:34Datuk Indi Petua, walaubagaimanapun, Kerajaan sentiasa berusaha memastikan kebergantungan ini tidak menjejaskan perancangan pembangunan aset strategik negara melalui pendekatan jangka
00:44masa panjang yang lebih mampan.
00:46Dalam hal ini, Kerajaan menyokong pembangunan industri tempatan melalui peningkatan kapasiti industri pertahanan domestik, pembangunan tenaga mahir tempatan serta pemerkasaan
00:57ekosistem industri selaras dengan dasar industri pertahanan negara di IPN.
01:01Dan usaha ini bertujuan mengurangkan risiko gangguan bekalan, kelewatan perhantaran dan juga kebergantungan kepada sumber luar.
01:08Sehubungan dengan itu, tujuh projek rintis di bawah di IPN telah dilaksanakan bagi membangunkan keupayaan strategik tempatan dan memperkukuh kemandirian
01:17industri pertahanan negara,
01:19iaitu perkhidmatan satelit pertahanan negara, sistem laser pertahanan, sistem perisikan elektronik pasif, persenjataan, platform kesis beroda, simulator pertahanan dan juga
01:33pembangunan teknologi drone.
Comments