00:00Pertarungan Undang-Undang selama 3 tahun yang dilalui Said Saddiq Said Abdul Rahman berakhir dengan kemenangan apabila Mahkamah Persekutuan hari
00:09ini mengekalkan pembebasannya daripada pertuduhan rasuah dan pengubahan wang haram.
00:15Dalam keputusan majoriti, Mahkamah menolak rayuan pihak pendawaan selepas memutuskan Mahkamah Rayuan bertindak tepat apabila mengetepikan sabitan terhadap Ahli Parlimen
00:25MUA itu.
00:26Dua Hakim Mahkamah Persekutuan berpendapat tiada asas untuk Mahkamah tertinggi itu campur tangan terhadap tiga pertuduhan yang dirayu.
00:35Hakim Ruzima Ghazali dan Colin Lawrence Sekuara membentuk keputusan majoriti manakala Hakim Abu Bakar Jais memberikan penghakiman berbeza apabila mensabitkan
00:46Said Saddiq atas tiga daripada empat pertuduhan yang dihadapinya.
00:50Panel tiga Hakim itu mendengar rayuan tersebut enam bulan lalu.
00:53Said Saddiq 33 tahun didakwa bersubahat dengan penolong bendahari Armada Bersatu Rafiq Hakim Razali menyalahgunakan RM1 juta milik sayap pemuda
01:04parti itu.
01:05Beliau turut didakwa menyalahgunakan RM120,000 daripada akaun Armada Bumi Bersatu Enterprise selain berdepan dua pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan
01:16RM50,000 bagi setiap pertuduhan.
01:19Mahkamah tinggi sebelum ini mensabitkan beliau atas semua pertuduhan namun Mahkamah Rayuan kemudian membebaskan beliau secara sebulat suara.
01:29Keputusan Mahkamah Persekutuan hari ini mengesahkan pembebasan itu sekaligus menamatkan kes yang sebelum ini dilihat mengancam kerjaya politik beliau sejak
01:39mula mencipta nama di pentas politik negara.
01:42Khadija Juno, FMT
01:44Keputusan Mahkamah
Comments