Skip to playerSkip to main content
  • 3 weeks ago
Empat individu terbunuh selepas serangan udara Israel menyasarkan sebuah kilang peleburan logam di kawasan Sabra, Gaza City. Insiden berlaku ketika gencatan senjata Israel-Hamas masih berkuat kuasa.
Transcript
00:00Empat individu terbunuh selepas satu serangan udara Israel menyasarkan sebuah kilang peleburan logam di kawasan Sabra, Gaza City pada Ahad.
00:08Menurut pegawai kesehatan Palestine, serangan itu menyebabkan kepulan asap tebal memenuhi ruang udara sekitar kawasan berkenaan.
00:17Saksi berkata lokasi tersebut telah terkena tiga peluru berpandu yang dilancarkan oleh tentera Israel.
00:24Tentera Israel dalam kenyataannya maklumkan bahawa sasaran serangan itu adalah infrastruktur yang dikaitkan dengan kumpulan pengganas.
00:32Bagaimanapun, pihak tentera tidak memberikan maklumat lanjut mengenai sasaran atau operasi berkenaan.
00:39Insiden terbaru itu berlaku di sebalik gencetan sejata yang dipersetujui antara Israel dan Hamas pada Oktober 2025 yang masih berkuatkuasa.
00:48Walaupun perjanjian tersebut berjaya menghentikan pertempuran besar-besaran di Gaza, serangan udara dan operasi ketenteraan tetap berterusan.
00:57Menurut laporan, lebih seribu rakyat Palestine terbunuh dalam serangan Israel sejak gencetan sejata berkuatkuasa,
01:03manakala empat anggota tentera Israel dilaporkan maut dalam serangan pejuang Palestine di Gaza sepanjang tempoh yang sama.
Comments

Recommended