00:00Gabungan pemerintah Israel mengumumkan pilihan raya umum bagi memilih anggota parlimen akan diadakan mengikut jadual asal pada 27 Oktober dan
00:08tidak akan dipercepatkan.
00:10Keputusan itu mengekalkan ketatapan undang-undang yang menetapkan pilihan raya parlimen diadakan setiap 4 tahun.
00:17Tempoh pilihan raya akan bermula secara rasmi pada 17 Julai apabila Neset masuki tempoh rehat persidangan.
00:24Sepanjang tempoh itu, kerajaan akan berfungsi sebagai kerajaan sementara dan tidak dibenarkan melaksanakan dasar utama baharu kecuali undang-undang yang
00:33dipersetujui bersama, urusan pentadbiran rutin atau langkah berkaitan keperluan keselamatan.
00:39Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu sebelum ini menyatakan hasrat untuk membentuk sebuah kerajaan perpaduan yang lebih luas selepas pilihan raya.
00:48Ketika ini, Netanyahu mengetuai gabungan pemerintah yang bergantung kepada sokongan parti-parti berhaluan kanan dan ultra-ortodoks.
00:56Bagaimanapun, kebanyakan tinjauan pendapat terkini yang disiarkan media Israel meramalkan, gabungan sedia ada hanya mampu memperoleh sekitar 53 daripada 120
01:07kerusi parlimen, jumlah yang tidak mencukupi untuk membentuk kerajaan tanpa sokongan tambahan.
Comments