00:00Sektor kesihatan di Gaza semakin kritikal apabila kekurangan ubat-ubatan, peralatan perubatan dan perkhidmatan ambulans.
00:08Menurut pengarah Pertubuhan Bantuan Perubatan Gaza, Muhammad Abu Afash, sistem kesihatan di wilayah itu masih belum menerima sebarang bantuan perubatan
00:15yang dijanjikan sejak genjatan senjata berkuat kuasa.
00:19Situasi itu menyebabkan stok bekalan ubat-ubatan dan peralatan perubatan semakin parah selain defisit bekalan ujian makmal yang melebihi 87%.
00:28Beliau berkata lebih 24,000 pesakit penyakit kronik tidak menerima rawatan sewajarnya menekali ratusan ribu pesakit hipertensi berisiko mengalami komplikasi
00:36akibat gangguan rawatan.
00:38Dalam masa sama cuaca panas dan keadaan sesak di kamp-kamp larian turut meningkatkan risiko penularan penyakit berjangkit.
00:45Tambahnya kira-kira 70% ambulans tidak dapat beroperasi akibat diserang rejim zionis serta kekurangan alat ganti.
00:52Pihaknya memberi amaran sistem pengangkutan perubatan boleh lumpuh sepenuhnya jika sekatan terhadap kemasukan alat ganti dan tayar terus berlanjutan.
Comments