Skip to playerSkip to main content
  • 1 day ago
AS lancar serangan susulan terhadap Iran selepas kapal dagang berbendera Cyprus rosak teruk. Tindakan didakwa untuk lindungi laluan maritim penting dan kekang ancaman terhadap kapal komersial di Selat Hormuz.
Transcript
00:00Tentera Amerika Syarikat melancarkan serangan pusingan ketiga ke atas Iran minggu ini selepas mendakwa pasukan Kor Pengawala Revolusi Islam Iran
00:08IRGC menyerang sebuah kapal kontena berbendera Cyprus yang melalui Selat Hormuz.
00:14Pusat Pemerintahan Pusat Amerika Syarikat Sancom dalam kenyataan di PlatformX memaklumkan serangan itu diarahkan oleh Presiden Donald Trump sebagai tindak
00:24balas terhadap serangan terhadap kapal MV GFS Galaxy yang menyebabkan seorang kru awam hilang.
00:33Menurut Sancom, kapal berkenaan tidak dapat meneruskan perjalanan selepas mengalami kebakaran di atas kapal serta kerosakan serius pada bahagian enjin.
00:42Amerika Syarikat mendakwa Iran sebelum ini telah diberi peluang untuk mematuhi memorandum persefahaman berkaitan keselamatan laluan komersial namun gagal berbuat
00:51demikian.
00:52Sancom berkata tindakan ketenteraan itu bertujuan melemahkan keupayaan Iran daripada terus menyerang pelaut awam dan kapal perdagangan yang melalui Selat
01:01Hormuz.
01:01Ketegangan di Selat Hormuz menjadi perhatian dunia memandangkan laluan strategi itu merupakan antara laluan utama perdagangan tenaga global dengan sejumlah
01:11besar bakalan minyak dunia melalui kawasan berkenaan.
Comments

Recommended