00:00Pilihan raya negeri Johor menyaksikan pertandingan di 56 kerusi Don.
00:06Namun penganalisis politik berpendapat 8 kerusi tertentu wajar diberi perhatian.
00:12Kerusi-kerusi ini berpotensi menentukan sama ada barisan nasional mampu mengekalkan dominasi lamanya
00:19atau Pakatan Harapan berjaya menambah pengaruh atau Perikatan Nasional mencipta kejutan.
00:25Bagi mendapatkan gambaran lebih jelas, FMT mendapatkan pandangan 3 penganalisis politik yang sering menjadi rujukan
00:34iaitu Azmi Hassan dari Akrimi Nusantara, Chin Yiman dari Universiti Tunku Abdul Rahman
00:41dan Syazah Syukri dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.
00:47Mereka berpendapat persaingan paling sengit dijangka berlaku di Duan Bukit Kepung, Bukit Pasir, Tangkap, Simpang Jeram
00:55dan Puteri Wangsa.
00:57Azmi, Chin dan Syazah berbeza pandangan mengenai beberapa kerusi tersebut
01:02sekaligus menunjukkan persaingan dijangka terlalu sengit untuk diramal.
01:07Keputusan berkemungkinan bergantung kepada isu tempatan, kekuatan calon di peringkat Akarombi
01:13serta peratusan keluar mengundi.
01:17Bagaimanapun ketiga-tiga mereka sependapat bahawa BN dijangka mampu mempertahankan Don Senggarang dan Endau
01:25manakala PH dijangka terus mengekalkan Don Skudai meskipun penyandangnya daripada DAP Marina Ibrahim
01:33secara mengejut mengumumkan persaraan daripada politik sebelum Hari Penaman Calon.
01:38Don Simpang Jeram pula dijangka menjadi antara kerusi yang paling sengit untuk diperhatikan.
01:44Pakatan Harapan memenangi kerusi itu menerusi pilihan raya kecil pada 2023
01:49selepas Barisan Nasional tidak meletakkan calon bagi memberi laluan kepada rakan dalam kerajaan perpaduan.
01:57Namun kali ini tiada lagi persefahaman seperti itu.
02:00BN dan PH akan bertembung di kesemua 56 kerusi Don yang dipertandingkan.
02:07Persoalannya mampukah PH mempertahankan simpang jeram tanpa bantuan laluan daripada BN?
02:14Don Puteri Wangsa juga menjadi tumpuan selepas Presiden Muda Amira Aisyah Abdul Aziz
02:20memutuskan untuk tidak mempertahankan kerusinya.
02:24Kadang-kadang itu menyaksikan Muda perlu mempertahankan kerusi berkenaan
02:28tanpa tokoh paling dikenali dalam parti.
02:32Sementara itu Don Tangkak turut dijangka menjadi antara kerusi panas
02:36apabila PH cuba mengekalkan kemenangan di kawasan yang sekian lama dianggap kubu kuat MCA
02:43sebelum berjaya dirampas pada 2013.
02:46Menurut penganalisis, keputusan di kerusi-kerusi ini akan menjadi petunjuk penting
02:53terhadap kekuatan gabungan politik, perubahan sentimen pengundi
02:57serta keberkesanan kempen setiap parti.
03:01Untuk laporan penuh, baca artikel 8 kerusi panas jadi tumpuan PRN Johor
03:08oleh Ainin Wan Saleh hanya di FMT.
Comments