Skip to playerSkip to main content
  • 6 hours ago
Taiwan meningkatkan tahap kesiapsiagaan susulan kehadiran Taufan Bavi yang disifatkan berpotensi membawa kemusnahan besar. Taufan terbesar yang menghampiri negara itu dalam beberapa dekad dijangka membawa angin kencang sehingga 227 kilometer sejam, ombak tinggi serta hujan lebat sebelum bergerak ke tanah besar China.
Transcript
00:00Seterusnya, pihak berkuasa Cuaca Taiwan mengeluarkan amaran mengenai kehadiran Taufan Bavi yang disifatkan berpotensi membawa kemusnahan yang teruk.
00:08Taufan tersebut juga dianggap sebagai Taufan paling terbesar melanda pulau itu dalam beberapa tahun kebelakang ini, sekaligus memaksa rakyat di
00:15negara itu untuk mengambil langkah berjaga-jaga.
00:18Menurut pihak berkuasa, tempatan Taufan terbesar berkenaan kini menghampiri Taiwan selepas membadai beberapa wilayah Pasifik milik Amerika Syarikat.
00:26Ia kini menghasilkan ombak setinggi beberapa meter dan dijangka melanda kawasan utara Taiwan pada Jumaat dan Sabtu sebelum bergerak ke
00:33tanah besar China.
00:35Selain itu, menurut peramal Cuaca Pentadbiran Cuaca Pusat Taiwan CWA, Jason Cheng, angin yang berpotensi menyebabkan kerosakan besar dijangka melanda
00:43beberapa kawasan termasuk bandar pelabuhan Kilong dan daerah pesisir pantai Yilan.
00:49Susulan itu, pihak berkuasa menggesa orang ramai supaya meningkatkan tahap kesiapsagaan dan mematuhi semua arahan keselamatan.
00:56Menurut CWA, Taufan itu membawa kelajuan angin maksimum berterusan sehingga 184 km sejam dengan tiupan angin mencecah sekitar 227 km
01:06sejam.
01:07Taufan Bavi sebelum ini dilaporkan telah membadai Guam dan Kepulauan Mariana Utara pada Isnin sebagai Taufan Super sebelum kekuatannya berkurangan
01:15kepada kategori Taufan ketika bergerak merentasi Lautan Pasifik.
Comments

Recommended