Skip to playerSkip to main content
  • 10 hours ago
JPJ mendedahkan kegiatan ulat di KLIA melibatkan pemandu e-hailing berlesen yang mengenakan caj sehingga RM800 kepada pelancong. Sebanyak 76 notis dikeluarkan dalam Ops Ulat.
Transcript
00:00Dalam pada itu, Jabatan Pengangkutan Jalan JPJ mendedahkan terdapat pemandu e-hailing belesin yang sengaja tidak menggunakan aplikasi tempahan bagi
00:09membolehkan mereka menggunakan charge jauh lebih tinggi kepada pelancong khususnya warga asing di lapangan terbang antarabangsa Kuala Lumpur, KLIA.
00:17Ketua Pengarah JPJ Datuk Edy Fadli Ramli berkata, kegiatan itu dikesan menerusi operasi Ops Ulat yang dijalankan di KLIA Terminal
00:271 dan Terminal 2 dari 12 hingga 26 Jun lalu.
00:33Menurut beliau, pemandu terbabit menunggu di balai ketibaan dan memujuk pelancong menggunakan perkhidmatan mereka secara terus tanpa melalui aplikasi rasmi
00:43yang menetapkan kadar tambang dan sistem penggiliran.
00:46Menurutnya, tambang ke Kuala Lumpur sepatutnya sekitar RM65 hingga RM80 jika menggunakan taksi, namun ada pelancong dikenakan charge antara RM500
00:57hingga RM800.
01:00Beliau berkata, tindakan itu bukan sahaja menyalahi undang-undang, malah memberi imej negatif kepada Malaysia sebagai destinasi pelancongan.
01:08Adi Fadli turut mendedahkan satu kes membabitkan pelancong dari China yang pada mulanya bersetuju membayar RM60 untuk perjalanan dari KLIA
01:18Terminal 2 ke Kuala Lumpur.
01:20Bagaimanapun, mangsa didakwa diminta membayar RM836 sebaik tiba di destinasi dan tidak dibenarkan keluar dari kenderaan sekiranya enggan membuat pembayaran.
01:31Sepanjang operasi tersebut, sebanyak 59 kenderaan diperiksa dengan tindakan diambil terhadap 54 kenderaan melibatkan 27 kenderaan persendirian, 16 e-hailing,
01:449 taksi dan 2 kenderaan syarikat.
01:46Sebanyak 76 notis turut dikeluarkan di bawah Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 melibatkan 70 notis kepada warga tempatan dan 6
01:56notis kepada warga asing.
01:58JPJ turut mengesan penglibatan warga Bangladesh dalam kegiatan itu dengan golongan berkenaan didapati menyiasarkan pelancong dari negara asal mereka bagi
02:07memudahkan urusan mempengaruhi mangsa.
02:10Edi Fadli berkata, walaupun kegiatan ulat turut dikesan di lapangan terbang lain, termasuk Subang, Pulau Pinang, Johor dan Terengganu, jumlah
02:19kes tertinggi direkodkan di KLIA.
02:23Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended