00:00Seterusnya Dewan Bandar Raya Kuala Lumpur DBKL melanjutkan tempoh pengemukaan permohonan perubahan plan tempatan Kuala Lumpur PTKL 2040 hingga 5
00:11petang pada 7 Ogos ini.
00:12DBKL dalam kenyataan memaklumkan permohonan perubahan PTKL 2040 itu bertujuan membuka peluang yang lebih luas kepada pemilik tanah berdaftar, pemaju
00:23serta pihak berkepentingan untuk menyediakan dan mengemukakan surat niat serta dokumen sokongan yang lengkap.
00:33Jelasnya surat niat berkenaan hendaklah mengandungi justifikasi cadangan perubahan, pelan lokasi atau pelan tapak yang jelas serta dokumen hak milik
00:42tanah terkini bagi tapak yang dicadangkan.
00:45Permohonan ini dikemukakan bagi memberi ruang cadangan perubahan terhadap penempatan perubahan PTKL 2040 selaras dengan peruntukan Seksyen 17 Akta Kurungan
00:55Perancangan, Wilayah Persekutuan 1982 Kurungan Akta 267.
01:00Kenyataan itu turut memaklumkan permohonan boleh dikemukakan secara fizikal kepada pengarah Jabatan Perancangan Bandaraya JPRB di tingkat 9 Menara DBKL
01:101, Jalan Raja Laut atau secara digital melalui email di permohonanperubahan2040.gmail.com
01:16Bagi permohonan yang memerlukan penyediaan laporan cadangan perubahan pelan tempatan LCPPT, permohon akan dimaklumkan mengenai keperluan melantik perancang bandar berdaftar
01:27berdasarkan skop permohonan masing-masing.
01:30DBKL turut menggalakkan semua pihak berkepentingan untuk memanfaatkan pelanjutan tempoh itu sepenuhnya bagi memastikan setiap permohonan dapat dikemukakan dengan lengkap
01:40dan teratur.
Comments