00:00Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin mengimbau detik beliau dilantik sebagai Perdana Menteri ke-8 dengan menyifatkan ia adalah ketentuan
00:08Tuhan.
00:09Menurut Muhyiddin, pelantikan itu membuka ruang untuk beliau memberi tumpuan lebih serius terhadap pelbagai isu membabitkan Lembaga Kemajuan Tanah Persyukur
00:17Tuan Felda.
00:20Walaupun saya tidak menjadi peneroka Felda, saya terdedah dengan masalah-masalah yang dihadapi oleh para peneroka bukan sahaja kawasan ini
00:29tetapi di seluruh negara.
00:32Lebih-lebih lagi waktu mana saya menjadi Perdana Menteri yang ke-8 dulu, saya entah macam mana Allah takdirkan katanya
00:40kun faya kun, maka jadilah saya Perdana Menteri.
00:44Mana orang terlintas bahawa saya boleh jadi Perdana Menteri.
00:48Tapi itu rezeki saya Allah bagi dan saya bersyukur.
00:52Dan di waktu itulah saya mengambil perhatian yang lebih serius tentang masalah peneroka.
00:59Saya telah mengambil satu tindakan besar bila mana saya mendapat taklimat daripada Menteri yang menjaga Felda waktu itu,
01:09Dato' Idris Yusof, orang tengah itu, pengurusi Felda waktu itu juga, daripada laporan dan taklimat yang terperinci yang telah disampaikan
01:20kepada saya,
01:21saya memahami bahawa Felda pada waktu itu sudah berhadapan dengan satu masalah besar.
01:28Beliau menjelaskan antara keputusan terbesar yang diambil ialah meluluskan penghapusan hutang peneroka Felda sebanyak RM8.3 bilion bagi mengurangkan beban
01:39kewangan mereka.
01:40Katanya langkah itu bertujuan meningkatkan taraf hidup peneroka serta memastikan beban hutang tidak terus diwarisi generasi seterusnya.
Comments