Skip to playerSkip to main content
Kalau jumpa Ikan Malong masin ni dekat pasar, boleh cuba masak Gulai Kuning Ikan Masin ni puan-puan. Sedap… Ada pula timun tua. Memang best! Nak lagi nikmat, makan dengan sambal belacan. Mak mertua lalu pun tak sedar ni. Jom masak!


GULAI KUNING IKAN MASIN

BAHAN-BAHAN:
1 paket ikan malong masin
1/3 sudu teh teh garam halus
1/2 sudu teh serbuk perasa
1/2 sudu teh gula
5 biji cili padi merah hijau

BAHAN KISAR:
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
3 inci kunyit hidup
1 sdt biji ketumbar
3 inci lengkuas
7 biji cili padi merah/ hijau

Cara penyediaan boleh tonton di video. Selamat mencuba!
#majalahrasa #rasashare #dapurrasa #resipi #resepi #ingatmakaningatrasa #resipirasa #gulaikuningikanmasin #ResipiTradisional #MakananMalaysia
Transcript
00:00Hai semua, hari ni Kak IK nak kongsi resepi gulai kuning ikan masin.
00:03Sedap, mudah dan digemari ramai. Jom kita masak.
00:06Nak masak menu ni simple je.
00:08Mula-mula satukan bawah merah, bawah putih, kunyit hidup,
00:11biji ketumbar, lengkuas dan ciri padi ke dalam pengisar.
00:14Tambah sikit air kemudian kisar hingga halus dan sebati.
00:18Seterusnya, panaskan minyak dalam kuali kemudian korek ikan masin hingga sedikit garing.
00:22Bila dah kekuningan macam ni, angkat dan toskan minyaknya.
00:25Panaskan air dalam periuk kemudian masukkan semua bahaya kita kisar tadi bersama
00:29serai yang telah diketuk.
00:30Masukkan juga hirisan timun tua.
00:32Timun ni Kak IK buang kulit dan bijinya.
00:34Kalau tak ada timun tua, boleh je guna timun hijau biasa.
00:37Bila timun tu dah separuh lembut, tuangkan santan dan kacau pelalahan supaya kuah tak pecah minyak.
00:41Bila kuah mula mendidih, masukkan ikan masin yang telah digorek tadi.
00:44Masukkan juga ciri padi. Kalau suka, boleh letak banyak.
00:47Bila kuah mula mendidih manja, perasakan dengan garam, sedikit gulir dan juga serbuk perasa.
00:53Ingat je, jangan terlebih letak garam kerana ikan masin tu sendiri sudah punya rasa.
00:56Dah siap gulai kuning ikan masin kita.
00:58Kuah lemak ikan masin sedap dan timun tua tu pula lembut menyerap segala rasa.
01:03Memang berbaloi untuk dicuba.
01:05Nak tengok timurasa masak secara live?
01:07Jom intai asyik kami di TikTok Maju Rasa-Rasa setiap selesai dan kamis.
01:10Ingat makan, ingat rasa. Jangan lupa tonton!

Recommended