00:00Bersatu mengecam tindakan segelintir ahlinya di MUAR yang mengumumkan sokongan kepada calon Pakatan Harapan atau PH bagi Donat Seri Medan
00:08dan menyifatkan tindakan itu sebagai satu bentuk sabotaj.
00:12Ketua Penerangan Bersatu Tun Faisal Ismail Aziz menegaskan dasar parti tetap konsisten dengan Perikatan Nasional atau PN di mana semua
00:20ahli wajib memberikan sokongan penuh kepada setiap calon yang menggunakan lambang PN.
00:25Tun Faisal turut menjelaskan tiada sebarang ketetapan rasmi yang membenarkan sokongan kepada Pakatan Harapan atau Barisan Nasional.
00:33Nyataan itu menyusul selepas sekumpulan kecil ahli bersatu bandar Seri Medan bertindak menyokong calon PH atas alasan kestabilan kerajaan perpaduan.
00:43Kerusi Seri Medan menyaksikan penyandang daripada BN Zulkurnain Kamisan dicabar Hishamuddin Ishak dari PH dan Rosdi Bahari daripada PAS yang
00:52mewakili PN.
00:53Untuk rekod PAS dan Bersatu telah menamatkan kerjasama politik bulan lalu tetapi kekal dalam komponen PN.
01:00Bagaimanapun, kedua-dua parti dilihat tidak membantu antara satu sama lain dalam kempen PRN Johor kali ini.
Comments