Skip to playerSkip to main content
Ibu tunggal didakwa sebar gambar bogel

Seorang ibu tunggal mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Ayer Keroh pada Khamis atas pertuduhan memiliki bahan lucah dan menyebar di media sosial gambar bogel yang disunting, bulan lalu.

Tertuduh, T V Pavithra 33 tahun membuat pengakuan itu selepas kedua-dua pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Sharda Shienha Mohd Suleiman.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/786081/berita/semasa/ibu-tunggal-didakwa-sebar-gambar-bogel

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

#SinarHarian #BeritaSemasa #Mahkamah
Transcript
00:00Seorang ibu tunggal mengaku tidak bersalah di Mahkamah Magistrat Air Keroh pada Kamis
00:05atas pertuduhan memiliki bahan lucah dan menyebar di media sosial gambar bogil yang disunting bulan lalu.
00:14Tertuduh TV Pavitra, 33 tahun, membuat pengakuan itu selepas kedua-dua pertuduhan dibacakan
00:20di hadapan Magistrat Syardas Shinha Mohamad Sulaiman.
00:24Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa memiliki bahan lucah dalam sebuah telefon bimbit miliknya
00:31di sebuah kondominium di Kota Laksamana Jaya, Melaka Tengah pada 28 Jun 2026 sekitar jam 6.15 petang.
00:40Kesalahan itu didakwa dilakukan di bawah Seksyen 292 Kanon Keseksaan
00:45yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 3 tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
00:54Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa dengan niat menggunakan komunikasi melalui media sosial
01:00dengan menyebarkan gambar bogil yang telah diubah suai milik seorang wanita pada 24 Jun 2026 sekitar jam 11 malam
01:09di sebuah alamat di Melaka Raya, Melaka Tengah.
01:13Perbuatan itu didakwa menyebabkan gangguan, tekanan, ketakutan atau kebimbangan kepada mangsa
01:19dan didakwa mengikut Seksyen 507B Kanon Keseksaan
01:24yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 3 tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.
01:30Mahkamah kemudian membenarkan jaminan RM5,000 bagi kedua-dua pertuduhan
01:35dan menetapkan 5 Agustus depan sebagai tarikh sebutan semula kes.
01:39Terima kasih kerana menonton!
Comments

Recommended