- 8 hours ago
Johor muncul sebagai negeri dengan pertumbuhan ekonomi terpantas pada 2025, dipacu pelaburan pusat data dan ekonomi digital. Namun, adakah momentum ini mampan ketika ekonomi global berdepan pelbagai ketidaktentuan dan jurang pembangunan antara negeri terus menjadi perhatian?
Category
🗞
NewsTranscript
00:00Tetamu yang sudah bersedia dalam talian adalah Prof. Dr. Ahmad Razman Abdul Latif, pengarah program MBA Putra Business School PBS.
00:07Saya nak ucapkan terima kasih Prof kerana sudah dimeluarkan masa bersama kami.
00:11Ini adalah prestasi tahun lepas, namun untuk kita bincang dan memahami konteks masa pada ketika itu,
00:17melihat dulu kepada Johor yang telah mencatat pertubuhan ekonomi 8.0%, jauh mengatasi kadar nasional iaitu 52%.
00:25Jadi Prof, jauh mana prestasi ini mencerminkan kekuatan struktur ekonomi Johor yang mampan
00:30dan bukan sekadar didorong oleh gelombang pelaburan besar seperti pusat data, data, senter yang juga mungkin bersifat sementara.
00:37Kongsikan Prof.
00:39Nina, sememangnya pertumbuhan 8% itu menunjukkan prestasi yang sangat memperasangkan.
00:46Namun kita harus melihat dari perspektif yang lebih menyeluruh.
00:51pertumbuhan Johor itu bukan hanya disumbangkan oleh pembangunan pusat data tetapi turut dipacu oleh pelbagai sektor
00:58seperti pembuatan, logistik, perdagangan hartanah, pelabuhan dan sudah tentu hubungan ekonomi yang kukuh dengan Singapura.
01:06Dan apa yang menjadikan Johor lebih mampan ialah kedudukannya yang strategik dan pembangunan infrastruktur
01:13seperti zon ekonomi khas Johor Singapura, JSSEZ, serta kemasukan pelaburan langsung dari pelabur asing yang pelbagai.
01:23Namun untuk memastikan pertumbuhan ini berkekalan, kita lihatlah bahawa pembangunan infrastruktur semata-mata tidak cukup.
01:31Johor perlu mengukuh lagi pembangunan murid insan, meningkatkan inovasi dan lebih penting apabila banyak masuknya
01:38pembangunan pusat data ini memastikan peningkatan penyertaan syarikat tempatan dalam rantai yang berkalan
01:44supaya bila kita dapat lihatlah manfaat ekonomi itu pertumbuhan ekonomi lagi tinggi
01:50tetapi dia tidak orang kata hanya pergi kepada pelaburan yang berskala besar tetapi memberi manfaat juga kepada
01:57penduduk dan juga peniaga di Johor itu.
02:01Melihat kepada ini adalah antara faktor-faktor utama yang telah memberi sumbangan kepada ekonomi negeri Johor
02:07selain daripada pusat data dan melihat kepada industri pusat data yang kini menjadi antara pemacu utama ekonomi Johor
02:13selain daripada pelaburan dan selain lagi pada usaha kita untuk mempukukuhkan lagi kemasukan syarikat tempatan
02:20dalam supply chain ini.
02:22Namun Prof, adakah kebergantungan kepada sektor seperti pusat data ini mewujudkan risiko baharu
02:27terutamanya dari sudut penggunaan tenaga, sumber air dan juga pendahan kepada perubahan permintaan teknologi global?
02:37Kita lihatlah memang pusat data ini satu isu yang telah dibangkitkan
02:42ianya memerlukan bekalan elektrik yang stabil dan kuantiti penggunaan air yang cukup banyak
02:49untuk sistem penyelidikan pusat data tersebut dan juga rangkaian telemikasi yang berkualiti
02:56dan jika ia tidak dirancang dengan baik ia boleh memberi tekanan kepada sumber utiliti yang sepatutnya digunakan untuk negeri
03:04tetapi terpaksa untuk difokuskan kepada pusat data
03:09dan jika ini tidak laku, tidak rancang dengan baik boleh menyejaskan pengguna dan industri lain
03:14dan apabila kita menyebut teknologi pusat data ini, dia berkantung juga kepada perkembangan teknologi itu sendiri
03:21sekarang ini kita lihat berfokus kepada kecedasan buatan ataupun AI, pengkumpulan awan ataupun cloud computing dan juga ekonomi digital
03:30jika berlaku perubahan teknologi ataupun dunia mengalami kelembapan ekonomi
03:38ini akan boleh memberi juga kesan kepada kadar pertumbuhan sektor yang melibatkan pusat data ini
03:45oleh itu saya lihatlah apabila Johor memang memfokuskan kepada pembangunan pusat data ini
03:52dia juga harus disokong oleh industri dan juga sektor lain seperti tenaga boleh diperbarui
03:58dan juga pada masa sama memastikan penggunaan utiliti seperti AI, elektrik itu dapat dioptimumkan
04:06dan kita tidak mahu melihat pertumbuhan yang begitu tinggi dalam jangka masa yang pendek
04:11tetapi jangka masa panjang itu agak berisiko untuk mampan, itu yang saya lihat isu dan cabarannya
04:17Melihat dalam laporan, Dawson juga menunjukkan Pulau Pinang terus menunjukkan kekuatannya dalam sektor elektrik dan elektronik E&E
04:24manakala Johor sedang muncul sebagai hub digital
04:27adakah ini petanda bahawa Malaysia sedang menyaksikan peralihan pusat pertumbuhan ekonomi ke negeri-negeri tertentu
04:33dan apakah antara implikasinya kepada negeri yang masih bergantung kepada sektor tradisional?
04:41Kalau kita lihat betul, setiap negeri ini memang dia ada pengkhususan ekonominya
04:47dan setiap negeri yang mengkhususkan ekonomi kepada sektor tertentu ini
04:51mereka ada kelebihan lebih kompetitif berbanding negeri lain
04:55tapi kita lihat ini dah lama berlaku Pulau Pinang
04:58kenapa dia kekuatannya dalam sektor elektrik elektronik kerana dia ada ekosistem yang kukuh
05:04dan juga Selangor pula sebab dia memang pusat perkhidmatan dan kewangan
05:11dan kedudukannya strategik mempunyai pelabuhan dan juga dekat dengan Kuala Lumpur
05:16dan Johor pula sama seperti Selangor, kedudukannya strategik berdekatan dengan Singapura
05:22Walaupun nampak ketiga-tiga negeri ini semakin jauh kehadapan bagi negeri lain
05:29tetapi negeri-negeri lain ini masih lagi ada potensi
05:33walaupun mereka bergantung kepada sektor tradisional seperti pertanian ataupun pelombongan
05:40tetapi kalau kita lihatlah apabila pelaburan dilakukan untuk pendidikan
05:46untuk teknologi, menambah baik infrastruktur, menarik industri yang bernilai tambah tinggi ke dalam negeri-negeri ini
05:52maka kita akan dapat lihatlah jurang pembangunan antara negeri ini tidak akan terus berlebar
05:59Dan Prof, walaupun semua negeri mencatatkan pertubuhan yang positif
06:03lebih 2.3 ekonomi negara masih tertumpu kepada 5 negeri utama
06:07Adakah jurang pembangunan antara negeri semakin melebar
06:10dan bagaimana kerajaan perlu memastikan manfaat pertumbuhan dapat dinikmati dengan lebih seimbang di seluruh negara?
06:20Memang kita tahu bahawa 5 negeri utama ini menyumbang kebanyakan ataupun kesul hampir 23 ekonomi negara
06:29tetapi kerana mereka sudah mempunyai infrastruktur, tenaga kerja mahir dan pasaran yang lebih besar
06:36dan inilah strategi untuk memastikan pembangunan itu lebih seimbang
06:41jurang pendapatan dan peluang pekerjaan dapat dirapatkan
06:44untuk memfokuskan juga untuk pembangunan infrastruktur dan juga modal insan di negeri-negeri lain
06:50dan apabila kita lihat sebagai contoh tidak lama lagi mungkin awal tahun depan akan dilancarkan
06:59train ICRL yang akan membolehkan pergerakan individu dan juga barangan kargo
07:10daripada pantai timur ke pantai barat dengan kadar yang lebih, dengan kadar kelajuan
07:16sebenarnya dengan lebih cepat dan itu adalah satu yang saya lihat boleh mampu memperkukuhkan lagi
07:23logistik rantaian bekalan antara negeri-negeri yang kurang maju dan juga saya lihat apabila ini berlaku
07:32ia boleh menjadi game changer jurang antara pertumbuhan antara negeri-negeri yang
07:37yang sudah meningkatkan ekonomi yang sudah bagus dan yang lain itu akan dapat dirapatkan
07:46apabila infrastruktur dibangunkan di negeri-negeri yang kurang maju ini
07:49Dan Prof, di tengah-tengah ketidaktentuan ekonomi global termasuk konflik geopolitik,
07:54perang perdagangan serta kelembapan ekonomi beberapa negara utama
07:58jawab mana pertumbuhan KDNK negeri-negeri ini terdedah kepada risiko luaran
08:02dalam tempoh 12 hingga 24 bulan yang akan datang
08:08Apabila kita lihat Malaysia ini sebagai sel keusuhan memang kita mengamalkan pasaran ekonomi yang terbuka
08:15memang tidak dapat meelakkan apa-apa saja kesan daripada perkembangan global
08:20dan negeri-negeri di dalam Malaysia ini juga memang bergantung kepada ekspor
08:24seperti Pulau Pinang, Selangor, Johor
08:27apabila berlaku kelembapan permintaan, berlakunya gangguan rantian bekalan
08:32sebagai contoh yang berlaku di Timur Tengah baru ini
08:34ataupun perubahan dasar perdagangan terbangsa seperti tahun lupakan kita lihat
08:38apabila perubahan tarif yang dikenakan oleh kerajaan Amerika Syarikat
08:43semua ini akan memberi kesan kepada Malaysia dan juga negeri-negeri secara khususnya
08:48namun walaupun kita mudah terdedah kepada risiko ekonomi global
08:53kita mempunyai beberapa faktor yang boleh mengurangkan kesan tersebut
08:59kerana kita lihat permintaan domestik kita masih kukuh
09:02kita masih lagi mampu menarik pelaburan yang berkualiti tinggi daripada luar
09:06dan juga kita sudah mula mempelbagaikan pasaran ekspor
09:10tidak hanya bergantung kepada rakan-rakan utama
09:13tetapi melalui pelbagai perjanjian perdagangan
09:15kita sudah boleh memasarkan barangan dan perkhidmatan kita
09:19ke pasaran yang lebih luas
09:21oleh itu saya lihatlah untuk tempoh tahun 2 ini
09:24risiko ekonomi global itu masih tinggi
09:28tetapi kita boleh mengurangkan impaknya
09:30melalui dasar ekonomi fiskal yang lebih responsif
09:35dan kita memastikan kita kekal kompetitif
09:37dengan mempelbagaikan pasaran untuk barangan kita
09:41dan Selangor kekal sebagai penyumbang terbesar ekonomi negara
09:45tetapi kadar pertubuhannya kini lebih rendah berbanding Johor dan Pulau Pinang
09:48adakah ini menunjukkan ekonomi Selangor
09:51mula mencapai tahap kematangan
09:52atau terdapat cabaran baru yang menghadkan momentum pertubuhannya?
09:57kedua-dua faktor itu relevan
10:00memang memainkan peranan
10:02memang Selangor sudah pun kata kita lihatlah
10:05asas ekonominya besar
10:08lebih daripada suku
10:09sumbangannya kepada KDNK negara
10:12dan ekonominya pun pelbagai
10:14jadi apabila saiz ekonomi itu makin besar
10:17kalau kita nak dia terus berkembang
10:18ataupun pertumbuhan itu
10:20keadaan pertumbuhan itu lebih tinggi
10:21memang agak sukar
10:22berbanding negeri-negeri yang lain yang bau
10:25nak berkembang dengan pesat
10:26pada masa yang sama kita lihatlah
10:28apabila Selangor ini menarik banyak pelaburan
10:30penduduk Malaysia pun ramai yang berhijrah ke Selangor
10:34jadi adalah isu-isu seperti
10:36kos tanah yang makin meningkat
10:39kos operasi yang tinggi
10:40kesesakan
10:41kalau kita lihatlah
10:43dan juga negara lain mula bersaing dengan
10:46lebih rapat dengan Selangor
10:48namun saya lihatlah
10:49walaupun pertumbuhan ekonomi itu
10:53agak rendah berbanding yang lain
10:55tetapi Selangor ini disebabkan
10:58dia di tengah-tengah
10:59di berdekatan Kuala Lumpur ini
11:00dia ada banyak lagi kelebihan
11:02dalam sektor kewangan
11:03perkhidmatan
11:04dan sekarang ini pun
11:06kerajaan negeri Selangor
11:07memfokuskan kepada teknologi
11:09erot akasa
11:09dan ekonomi digital
11:11dan oleh itu
11:12dengan adanya kepelbagaian
11:14sumber ekonomi di negeri Selangor ini
11:16sudah tentu
11:17Selangor mampu lagi
11:19berdaya saing
11:20walaupun nampak pertumbuhan
11:21sedikit perlahan
11:23Jelas sekali
11:24angka KDNK
11:25bukan sekadar menunjukkan
11:27negeri mana yang berkembang
11:28paling pantas
11:28tetapi turut memberi gambaran
11:29tentang daya tahan
11:31keseimbangan
11:31pembangunan dan keupayaan
11:33setiap negeri
11:34menghadapi ketidaktentuan
11:35ekonomi global
11:36cabaran seterusnya
11:37bukan lagi mengejar
11:38pertumbuhan semata-mata
11:38tetapi memastikan manfaatnya
11:40benar-benar dirasai oleh rakyat
11:41serta mampu dikekalkan
11:42untuk jangka panjang
11:43Prof. Ahmad Razman
11:45terima kasih atas pandangan
11:46dan analisis yang dikongsikan
11:47bersama niaga Awani
11:48setelah itu kami akan
11:49angkupkannya dalam
11:49astroani.com
11:52selamat menikmati
Comments