00:02Buat sendiri kentang goreng rangup homemade
00:05Kentang goreng biasanya memang jadi kegemaran anak-anak
00:08Jika selalu kita beli yang ready made, apa kata buat sendiri je di rumah
00:12Mudah je sebenarnya nak buat kentang goreng sendiri jika ikut cari yang betul
00:16Kentang goreng rangup tak lembik, malah lebih sedap dan terjamin kebersihannya
00:21Ikut tip ini
00:22Bahan-bahan yang diperlukan adalah 3 biji ubi kentang
00:25Sebaiknya pilih jenis raset
00:27Ini kerana kentang jenis ini mempunyai kandungan kanji yang tinggi
00:31Serta kandungan air yang rendah
00:33Ciri-ciri semula jadi ini membolehkan kentang goreng terhasil dengan tekstur luaran yang sangat rangup
00:38Dan bahagian dalam yang lembut serta gebu
00:41Kemudian 2 sudu makan tepung jagung
00:441 sudu kecil garam
00:45Air sejuk dan minyak masak untuk menggoreng
00:48Mula-mula kita kupas dulu kulit kentang dan potong memanjang dengan keterbalannya yang sekata
00:54Kira-kira 1 cm
00:55Kemudian bilas potongan kentang di dalam air sehingga air cucian menjadi jernih
01:01Selepas itu rendam kentang di dalam air sejuk yang bercampur garam selama 30 minit
01:07Setelah itu tapis dan rebus kentang selama 5 minit sehingga separa empuk
01:12Kemudian toskan
01:13Lap kentang menggunakan tisu dapur sehingga betul-betul kering
01:17Kelembapan berlebihan akan membuatkan kentang lembit
01:20Selepas itu masukkan kentang ke dalam bekas dan gaul rata bersama tepung jagung
01:25Tepung menyerap lebihan air dan memberikan tekstur extra rangup
01:29Panaskan minyak dan goreng kentang dengan api sederhana sehingga kuning keemasan
01:34Angkat dan toskan
01:36Kemudian panaskan minyak dengan api yang lebih kuat dan goreng semula kentang yang telah sejuk selama 1 hingga 2 minit
01:43sehingga sangat garing
01:44Ia rahsia kentang goreng kekal rangup dan tak lembit
01:47Selepas itu angkat, toskan minyak berlebihan dan taburkan garam atau serbuk perisa sebelum dinikmati
01:54Selamat mencuba!
01:56Ingat makan, ingat rasa!
Comments