Skip to playerSkip to main content
  • 1 minute ago
Barisan Nasional menyasarkan pertambahan kerusi dalam Pilihan Raya Negeri Johor ke-16 berbanding keputusan sebelum ini.
Transcript
00:00Baik, kembali bersama saya dan ini pula perkembangan Johor memilih.
00:04Barisan Nasional menyasarkan pertambahan kerusi dalam pilihan raya negeri Johor ke-16 berbanding keputusan sebelum ini.
00:12Bagaimanapun, pengurusi BN, Datuk Sri Ahmad Zaid Hamidi tidak mendedahkan jumlah sasaran kerusi,
00:18tetapi menegaskan BN meletakkan 56 calon di semua kerusi Dewan Undangan Negeri dan berharap memperoleh lebih banyak kemenangan.
00:26Beliau menjelaskan percapaian itu bergantung kepada keberkesanan jentera parti, termasuk peranan media, media sosial dan gerak kerja di lapangan dalam
00:36menangani isu yang dibangkitkan pihak lawan.
00:39Dalam PRN terdahulu, BN memenangi 40 daripada 56 kerusi Dun Johor dengan majoriti selesa.
00:46Beliau berkata, sasaran pertambahan kerusi turut didorong prestasi Menteri Besar Johor, Datuk On Hafiz Qazi,
00:54yang disifatkan sebagai pemimpin rajin serta berjaya meningkatkan pembangunan, peruntukan dan hasil negeri.
01:02Tambah beliau, manifesto kerajaan negeri memberi tumpuan kepada pengagihan peruntukan secara menyeluruh tanpa meninggalkan mana-mana daerah.
01:10Terima kasih.
01:13Terima kasih.
Comments

Recommended