Skip to playerSkip to main content
  • 3 hours ago
PRN Johor menyaksikan pertembungan naratif Melayu antara Barisan Nasional dan Perikatan Nasional dalam usaha menarik sokongan pengundi.

Pakar politik UiTM menyifatkan situasi ini sebagai fenomena luar biasa yang akan menguji penerimaan pengundi.
Transcript
00:00Pilihan raya negeri PRN Johor dijangka menyaksikan pertemuan naratif Melayu antara Barisan Nasional dan Perikatan Nasional dalam usaha menarik sokongan
00:08pengundi.
00:09Menurut pengalisis politik Universiti Teknologi Mara UITM, Dr. Abdul Aziz Azizam, kedua-dua parti dilihat membawa mesej yang hampir serupa.
00:17Itu kita lihat bahawa contohnya UMNO membawakan naratif rumah bangsa, PN pula membawa naratif penyatuan Melayu payung besar dan sebagainya.
00:33Tapi mereka ini kedua-dua parti ini menyebut benda yang sama tapi mereka juga tidak berjabat tangan pun dengan jelas.
00:43Beliau berkata demikian dalam program Awani Pagi pada Sabtu.
00:47Pertembungan naratif itu dijangka menjadi penentu utama dengan mengambil kira demografi pengundi di Johor yang didominasi oleh pengundi Melayu.
00:56Situasi itu turut menjadikan PRN Johor sebagai medan ujian bagi menilai keupayaan setiap parti menerjemahkan mesej politik kepada sokongan pengundi.
01:05Dalam masa sama beliau berkata analisis turut menunjukkan PN berada dalam kedudukan lebih selesa manakala PN perlu bekerja lebih keras
01:13bagi membuktikan daya tarikan naratif yang dibawa.
01:16Perkembangan itu sekaligus menjadikan PRN Johor sebagai antara penentu awal dinamik politik negara menjelang pilihan raya umum ke-16.
01:25Terima kasih telah menonton!
01:25Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended