Skip to playerSkip to main content
  • 4 hours ago
Iran menuduh AS mencabuli gencatan senjata dan bertindak ketika rundingan masih berlangsung.
Transcript
00:00Dalam pada itu, Iran menuduh Amerika Syarikat melanggar gencata senjata dengan melancarkan serangan ketika rundingan masih berlangsung.
00:08Ketua Jawatan Kuasa Keselamatan Negara Parlimen Iran, Ibrahim Azizi mendakwa tindakan itu menunjukkan Presiden Donald Trump tidak komited terhadap prinsip
00:17rundingan mahupun usaha mengekalkan gencata senjata.
00:21Menurut Ibrahim, pelanggaran itu disifatkan sebagai tindakan melulu yang hanya akan membawa kepada pengunduran dan penyesalan di pihak Washington.
00:30Ibrahim turut menegaskan bahawa usaha menyalahkan pihak lain tidak lagi berkesan sambil menegaskan Iran tidak menerima naratif tersebut.
00:39Kenyataan itu dimuat naik menerusi PlatformX ketika ketegangan antara kedua-dua negara terus memuncak.
Comments

Recommended