00:00Seorang pemandu dan penumpang disahkan rentung dalam kemalangan membabitkan tiga mangsa di lebuh raya Duta Ulu Klang Duk pada awal
00:08pagi Sabtu.
00:10Menurut Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik JSPT Kuala Lumpur,
00:15Asisten Komisional Muhammad Zamzuri Muhammad Isa ketiga-tiga mangsa tersebut dalam perjalanan ke Selayang
00:21dengan menaiki kenderaan jenis BMW 328i Sport sebelum kenderaan tersebut terbabas dan terbakar.
00:30Ujarnya kedua-dua mangsa dikena pasti sebagai penuntut universiti.
00:35Kejadian berlaku kira-kira jam 5.10 minit pagi ketika kenderaan tersebut dalam perjalanan dari arah Jalan Duta menghala ke
00:41Selayang.
00:43Kereta berkenaan dipercayai dipandu lelaki tempatan berusia 22 tahun sebelum hilang kawalan dan melanggar pembahagi jalan di sebelah kiri lebur
00:51raya.
00:52Impak rempuhan itu menyebabkan kenderaan terbabit terbakar dipercayai dengan mangsa terperangkap di dalamnya.
00:58Pemandu yang merupakan penuntut universiti di Australia serta penumpang hadapan lelaki berusia 21 tahun yang juga penuntut universiti swasta tempatan
01:07disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan hospital Kuala Lumpur.
01:13Manakala seorang lagi penumpang lelaki warga Singapura berusia 20 tahun yang berada di tempat duduk belakang bagaimanapun berjaya menyelamatkan diri
01:22sebelum kenderaan terbakar.
01:24Mangsa terselamat dilaporkan mengalami kecederaan ringan pada tangan dan kaki yang kemudiannya dibawa ke hospital Kuala Lumpur untuk mendapatkan rawatan
01:32lanjut.
01:33Orang ramai yang mempunyai maklumat atau rakaman kamera papan pemuka berkaitan kejadian diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Balai Polis
01:42Trafik Jalan Tun H.S. Lee atau Balai Polis Berhampiran.
01:46Kes akan disiasat mengikut Seksyen 41-1 Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Comments