Skip to playerSkip to main content
  • 5 hours ago
Datuk Seri Fadillah Yusof memaklumkan di Parlimen bahawa semakan kadar System Access Charge (SAC) pada Ogos 2025 menyaksikan penurunan kepada 20 sen/kWh bagi bekalan tetap dan 40 sen/kWh bagi bekalan tidak tetap.

Langkah ini meningkatkan kebolehlaksanaan komersial tenaga boleh baharu (TBB) serta mengukuhkan daya tarikan Malaysia sebagai destinasi pelaburan hijau, berasaskan prinsip pemulihan kos yang munasabah.
Transcript
00:00Berhubung dengan sistem akses charge ataupun SAC, kerajaan telah melaksanakan semakan kadar SAC pada Ogos 2025 bagi memastikan charge yang
00:09dikenakan adalah lebih kompetitif.
00:12Hasil semakan tersebut, kadar SAC bagi bekalan tetap ataupun firm supply dengan izin telah dikurangkan daripada 25 sen kilowatt jam
00:21kepada 20 sen kilowatt jam, manakala bagi bekalan tidak tetap non-firm supply dengan izin dikurangkan daripada 45 sen kepada
00:2940 sen kilowatt jam.
00:32Ini memakili pengurangan 20% bagi kategori firm supply dan 11% bagi kategori non-firm supply.
00:39Pengurangan kadar SAC ini telah meningkatkan pekebolehsanaan komersial projek TBB dan mengukuhkan daya tarikan Malaysia sebagai destinasi pelaburan hijau.
00:49Sebarang pelarasan kepada SAC perlu dibuat secara berhati-hati berdasarkan prinsip pemulihan kos yang menisabah ataupun dengan izin reasonable cost
00:58recovery supaya kos yang dibayar oleh pengguna keras tidak dipindahkan kepada pengguna elektrik yang lain.
Comments

Recommended