Skip to playerSkip to main content
  • 4 hours ago
Exco Industri dan Pelaburan, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Inovasi Kedah, Dr Haim Hilman Abdullah, didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan berkaitan kenyataannya mengenai dakwaan kewujudan kemasukan pelajar ke universiti awam (UA) tanpa melalui saluran Unit Pusat Universiti (UPU).
Transcript
00:00Baik, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Exko Indah Suri dan Pelaburan Pengajian Tinggi Sains, Teknologi dan Inovasi Kedah Dr. Haim
00:07Hilman Abdullah didakwa di Mahkamah Majlis Seremban Negeri Sembilan atas perturuhan berkaitan kenyataannya mengenai dakwaan kewujudan kemasukan pelajar ke Universiti
00:16Awam tanpa melalui saluran unit pusat Universiti UPU.
00:19Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Dato' M. Kumar berkata, perturuhan terhadap Haim Hilman yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri
00:26Adun Jitra itu dikemukakan mengikut Seksyen 505 Kurungan B Kanun Kesiksaan.
00:34Seksyen berkenaan memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau dengan denda atau kedua-duanya sekali.
00:41Tertuduh diwakili Peguam Mohd Faizi C. Abu dan Yahya Uthman.
00:47Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM5,000 dan sebutan semula kes ditetapkan pada 30 Julai depan.
00:55Kumar memberitahu setakat ini polis menerima 15 laporan berhubung kenyataan Haim Hilman berhubung kenyataan yang didakwa dibuat dalam satu program
01:03di kawasan Seremban Negeri Sembilan pada 13 Jun lalu.
01:07Beliau turut menasihatkan orang ramai supaya menghormati proses perundangan yang sedang berjalan dan tidak membuat sebarang spekulasi atau komen yang
01:16boleh menjejaskan proseding mahkamah.
01:18Haim Hilman sebelum ini menegaskan tidak akan menarik balik pendiriannya berhubung dawaan kemasukan pelajar ke Universiti Awam menerusi saluran terbuka
01:27atau diistilahkan sebagai pintu belakang.
01:30Beliau turut menyatakan kesediaan untuk memberikan penjelasan berdasarkan fakta, data dan bukti sekiranya perkara itu dibawa ke mahkamah.

Recommended