Skip to playerSkip to main content
  • 4 hours ago
Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Mohd Nasir menegaskan kerajaan serius menangani isu kehilangan pekerjaan dan pengecilan operasi susulan ketidaktentuan ekonomi global serta gangguan rantaian bekalan.

Antara langkah utama termasuk peruntukan RM5 bilion kemudahan Bantuan Kestabilan PKS di bawah Dana Bank Negara Malaysia dan tambahan RM5 bilion menerusi Skim Jaminan Pembiayaan Perniagaan (SJPP) bagi memastikan kelangsungan operasi perusahaan kecil dan sederhana.
Transcript
00:00Yang mana kerajaan memandang serius isu kehilangan pekerjaan dan pengecilan operasi khususnya dalam keadaan ekonomi global masih tidak menentu tekanan
00:10bekalan, tekanan harga dan juga gangguan rantaian bekalan itu masih ada.
00:16Setiap kehilangan pekerjaan itu juga akan memberi kesan kepada pendapatan keluarga, seterusnya komitmen, isi rumah dan juga soal keyakinan dari
00:26segi perjalanan ekonomi negara.
00:28Sebab itu melalui M10, Majlis Tindakan Ekonomi Negara, kita menyelaras langkah mitigasi secara bersepadu termasuk pelindungan pekerjaan, kelansungan perniagaan, kestabilan
00:42bekalan serta daya tahan ekonomi negara.
00:44Jadi yang pertama Datuk Yang Di-Pertua, kita bagi tumpuan untuk kelangsungan operasi PMKS.
00:51Melalui Bank Negara Malaysia, ada satu yang dipanggil dengan izin SME Stabilization Relief Facility ataupun Kemudahan Bantuan Kestabilan PKS yang
01:03berjumlah RM5 bilion.
01:04Jadi sehingga 18 Jun 2026, pembiayaan sebanyak lebih RM700 juta telah diluluskan kepada lebih RM1,000 PKS.
01:15Maka kita ada lebih RM4 bilion lagi yang peruntukan masih tersedia.
01:21Maksudnya ada ruang mencukupi untuk terus kita membantu syarikat menguruskan airan tunai dan mengurangkan gangguan operasi.
01:29Selain itu, SJPP juga kita ada dana tambahan sebanyak RM5 bilion yang kita sediakan oleh kerajaan.
01:39Bagi pihak PKS yang menghadapi cabaran, nasihatnya untuk berhubung dengan institusi keuangan dan kita telah minta supaya mereka ini memberi
01:48komitmen untuk menguruskan permohonan dalam tempoh 7 hari bekerja.
Comments

Recommended