00:00Barisan Nasional Johor akan bertanding secara solo di kesemua 56 kerusi Dewan Undangan Negeri pada Pilihan Raya Negeri Johor ke
00:06-16,
00:07sekaligus menolak sebarang kerjasama atau pembentukan kerajaan gabungan dengan parti politik lain di negeri itu.
00:14Pengurusi BN Johor yang juga Menteri Besar Johor, Dato' On Hafiz Ghazi berkata,
00:18pendirian tersebut kekal tidak berubah demi mendapatkan mandat baharu daripada rakyat untuk terus mentadbir negeri berkenaan.
00:29Pengumuman senarai penuh calon BN menyaksikan UMNO terus menjadi tonggak utama gabungan itu dengan bertanding di 36 kerusi,
00:36manakala MCA diperuntukkan 16 kerusi dan MIC 4 kerusi.
00:41Agihan kerusi tersebut mencerminkan strategi BN untuk memperkukuhkan penguasaan di kawasan majoriti Melayu menerusi UMNO,
00:47di samping mengekalkan kekuatan MCA di kawasan bandar serta MIC di kerusi campuran.
00:53Menurut On Hafiz, pencalonan yang diumumkan bukan satu bentuk keistimewaan.
00:58Sebaliknya amanah besar yang perlu dipikul setiap calon bagi memastikan kestabilan dan kesinambungan pembangunan Johor.
01:05Pada 16 Mei lalu, bahawa Barisan Nasional Johor akan bertanding di kesemua 56 kerusi
01:15disusuli dengan pembubaran Dewan Undangan Negeri pada 1 Jun 2026,
01:23kita telah berdepan dengan pelbagai serangan dan tekanan.
01:32Betul tak boleh tidak?
01:33Betul tak.
01:35Pelbagai fitnah, pelbagai tuduhan, label dilemparkan kepada kita
01:43hanya kerana Barisan Nasional Johor menyatakan pendirian untuk terus memimpin dan memperbaharui mandat demi bangsa Johor.
01:59Beliau turut menegaskan BN Johor tidak akan membentuk kerajaan gabungan dengan mana-mana parti politik lain selepas pilihan raya negeri
02:05nanti.
02:05BN Johor tidak akan membentuk kerajaan gabungan dengan mana-mana parti politik yang lain di negeri ini.
02:19Pasukan BN Maju Johor akan terus bekerja sehingga kita sampai ke garisan penamat.
02:28Oleh itu, saya ucapkan jutaan terima kasih atas kesepahaman dan kesepakatan dari seluruh barisan komponen BN Johor
02:41atas kerjasama yang cukup baik dalam kita meneliti dan memutuskan wakil-wakil kita di gelanggang bagi pelan raya negeri ini.
02:54Kepada semua calon, ingatlah bahawa pencalonan ini bukan hadiah maupun keistimewaan.
03:06Ia adalah amanah dan tanggungjawab yang amat besar.
03:11BN Johor kekal dengan pendirian bertanding solo di semua 56 kursi don pada PRN Johor ke-16.
03:17Terima kasih kerana menonton!
Comments