Skip to playerSkip to main content
  • 5 hours ago
Ketua Polis Perak Datuk Mohd Alwi Zainal Abidin berkata Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Selama telah menerima maklumat mengenai keberadaan suspek di sebuah pondok di tepi sebuah rumah tanpa nombor di kampung berkenaan, kira-kira 12 tengah hari (Selasa, 23 Jun).
Transcript
00:00Dua anggota polis cedera selepas diserang menggunakan pisau oleh seorang lelaki dipercayai penagih dadah dalam satu pemeriksaan di kampung Sungai
00:09Jernih Ijok selama pada Selasa.
00:12Dalam kejadian jam 12 tengah hari itu, seorang sarjan berusia 44 tahun dan konstabel berusia 27 tahun dilaporkan cedera di
00:22beberapa anggota badan termasuk kepala, muka dan lengan.
00:28Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Alwi Zainal Abidin dalam kenyataan pada Rabu berkata, sebelum kejadian pihaknya menerima maklumat mengenai kehadiran
00:36seorang lelaki di syaki penagih dadah yang berada di sebuah pondok di tepi rumah tanpa nombor di kampung berkenaan.
00:44Menurutnya, sepasukan polis kemudian menjalankan pemantauan di lokasi sebelum bertindak membuat tangkapan terhadap suspek.
00:50Katanya lagi, semasa proses tangkapan dijalankan, suspek bertindak agresif dengan menyerang pihak polis menggunakan senjata tajam sebelum melarikan diri dari
00:58tempat kejadian.
01:00Kata Mohd Alwi, akibat kejadian itu, dua anggota polis mengalami kecederaan dan telah mendapatkan rawatan di hospital.
01:07Kedua-duanya dilaporkan berada dalam keadaan stabil.
01:10Beliau berkata susulan kejadian itu, pihak polis sedang giat menjalankan usaha mengesan dan menangkap suspek yang terlibat.
01:17Katanya, op tutup turut dilaksanakan di laluan keluar masuk sekitar kawasan kejadian bagi mengesan pergerakan suspek.
01:25Kes disiasat di bawah Seksyen 307 Kanun Kesiksaan kerana cubaan membunuh.
01:30Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended